berita

Dikatakan ‘Karnival Terbesar Di Malaysia’, Habis Beratus Ringgit Beli Tiket.. Bila Pengunjung Datang Ini Yang Mereka Dapat..

February 14th, 2017 | by Ash Nordin
Kini Trending

1.1

Selalunya kes scam ni akan terjadi kepada sesiapa yang buat urusan beli menerusi jualan online. Dah borak, janji manis, sopan santun dengan pembeli.. Lepas dah buat bayaran tetiba penjual tu dah hilang. Whatsapp pun dah tak delivered. Tak berhati perut langsung.

Haa yang ni pun sama kes bila organizer dikatakan telah menipu banyak pengunjung yang tertarik dengan satu event berlangsung di The Mines. Ada yang dah berhabis sebanyak RM800 bawa satu keluarga, bila datang ke event tu.. Cakap tak serupa bikin. Macam mana boleh jadi macam ni?

Kononnya ‘Karnival Terbesar di Malaysia’

Screen Shot 2017-02-14 at 12.50.54 AM

Bagi sesiapa yang mengikuti kartun animasi Beauty & The Beast ni pasti tak sabar nak pergi ke karnival di atas ni. Harga tiket RM78. Tak kisah la mahal sebab minat punya pasal. Kalau dah sebut di poster ‘ Karnival Terbesar di Malaysia’ mesti anda akan terfikir event ni akan berjaya dan akan tinggalkan memori manis untuk anda kan.

Karnival ni sudah pun berlangsung pada minggu lepas. Tapi lain pula yang jadi..

Salah satu respon dari pengunjung

Screen Shot 2017-02-14 at 12.53.19 AM

Foto kredit: World of Buzz

Booth jual makanan dibuat macam konsep pasar malam dan penjual di sana merayu pengunjung untuk membeli makanan mereka kerana tiada satu pun yang menarik perhatian.

Screen Shot 2017-02-14 at 12.53.29 AM

Foto kredit: World of Buzz

Kesimpulannya karnival ni tak berbaloi satu sen pun dan mereka sepatutnya membenarkan kita pass percuma kerana TIADA SATU PUN di dalam menunjukkan berlangsungya karnival. Paling teruk sekali bila organizers telah memadam respon negatif pengunjung di page (FB) mereka. Perkara ni sangat tak beretika dan menunjukkan betapa mereka tidak profesional. Memandangkan saya menulis perkara ni di page saya, mereka tidak boleh memadam respon saya ini. Satu pesanan untuk mereka yang ingin pergi ke karnival itu, lupakan saja dan luangkan masa terluang dan duit anda untuk yang lebih baik. Sebarkan perkara ni pada semua sebelum ramai lagi menerima nasib yang sama.

Kecewa, rasa ditipu

Screen Shot 2017-02-14 at 12.48.22 AM

Screen Shot 2017-02-14 at 12.49.11 AM

Screen Shot 2017-02-14 at 12.49.50 AM

Screen Shot 2017-02-14 at 12.50.42 AM

Menurut beberapa sumber, mereka sudah dapat info dan number telefon orang yang in charge karnival ni. Harap-harap duit pengunjung yang dianiayai ni dapat dikembalikan semula. Mana tak bengang kalau pergi macam karnival tak siap..

Sumber: Facebook, World Of Buzz

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×