berita

Dikecam Berpelukan Dengan Beego & Aziz M.Osman, Nora Danish Beri Respon – ‘Saya Peluk Pun Tiada Nafsu’

April 22nd, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Pelakon terkenal, Nora Danish mengakui enggan melayan komen daripada netizen yang mengecam dirinya terutama berkaitan video berpelukan bersama pelakon lelaki sitkom Puteri yang dikongsinya baru-baru ini.

‘Itu cara saya tunjuk kasih sayang’

Foto: Instagram Nora Danish

Nora, 39 tahun berkata, aksi dia memeluk pelakon, Beego dan pengarah terkenal, Aziz M.Osman itu tidak seharusnya dijadikan satu isu yang besar kerana dia telah menganggap kedua-dua lelaki tersebut seperti keluarganya sendiri.

Jika nak cakap tentang foto saya memeluk Beego dan Aziz, perkara tersebut tidak seharunya dijadikan isu kerana saya sudah menganggap mereka seperti abang dan bapa sendiri.

Saya peluk pun tiada nafsu, jika mereka melihat foto tersebut dengan pandangan lain, merekalah yang bernafsu sebenarnya.

Pemilik nama Nora Mohd Danish Hanif itu juga berkata dia lebih selesa untuk membiarkan sahaja segala kata-kata negatif, terutama daripada individu yang tidak mengenali dirinya secara peribadi.

Netizen tidak tahu hubungan kami macam mana. Itu mungkin cara saya menunjukkan kasih sayang terhadap mereka.

Jadi, saya memang tidak kisah sangat dengan segala kecaman yang dilemparkan.

Siapkan mental sebelum muat naik kandungan

Foto: Instagram Nora Danish

Tambah Nora lagi, dia yang pernah membintangi drama Bougainvillea itu kini sudah mempersiapkan dirinya terutama daripada aspek mental sebelum memuat baik sebarang kandungan media sosial.

Apa sahaja yang dikongsi dalam media sosial, memang saya sudah bersedia untuk menghadapi sebarang risiko.

Namun, jika saya ada terlepas pandang sesuatu perkara, saya terbuka untuk menerima teguran daripada suami dan ahli keluarga lain.

Terdahulu, video Nora berpelukan bersama Beego dan Aziz di akaun Instagram miliknya meraih kecaman daripada umum. Rata-rata netizen menegur agar Nora menjaga batas dalam hubungan antara lelaki dan wanita yang bukan mahram.

Sumber: Kosmo!

SKIP THIS AD ×