Umum mengetahui, jumlah kes positif Covid-19 hari ini telah mencecah sebanyak 11,079 kes. Susulan daripada itu, rata-rata daripada netizen meluahkan rasa gusar mereka terhadap peningkatan kes tersebut.
Artikel berkaitan: ‘Sudahlah Kalian Menjadi Pisau Cukur, Rakyat Pula Disuruh Bersyukur’ – Naim Daniel
Artikel berkaitan: Kes Makin Naik, Ramai Rakyat Derita, Fizo Omar Tagih ‘Kebijaksanaan’ Pemimpin Tadbir Negara
Di Instagram, penyanyi, Naim Daniel meluahkan rasa kesal apabila banyak sektor di negara ini khususnya di negeri Selangor masih dibenarkan beroperasi.
Celik mata dan hati
View this post on Instagram
Assalamualaikum semua. Naim masih menghantar barang keperluan. Naim rasa sangat terkejut sebab 11 ribu kes hari ini. Kita sedia maklum perkara yang patut dilakukan ke atas sektor-sektor tertentu yang mana perlu ditutup dan dibuka buat sementara waktu tetapi, keputusannya masih mengecewakan seluruh rakyat Malaysia. Video ini khas kepada anda semua khususnya penzalim. Ini kerana anda telah membunuh dan membuli petugas barisan hadapan kita. Celik mata dan juga hati. Maaf sudah melampau.
Menerusi video yang dimuat naik oleh Naim, pelantun suara ‘Sembah’ ini mendakwa sektor-sektor yang dibenarkan beroperasi oleh pihak berkuasa merupakan punca peningkatan kes di Malaysia. Naim turut mendakwa, pihak atasan seolah-olah mahu menyiksa para petugas barisan hadapan sekiranya keadaan ini masih berlarutan. Berikutan daripada itu, Naim berharap pihak berkuasa membuka mata dan memahami perasaan masyarakat di negara ini.
Pernah fikir mengenai kadar pengangguran?
Di ruangan komen, seorang individu memberi kecaman terhadap Naim berhubung video yang dimuat naik tersebut. Menurut individu berkenaan, kes positif meningkat disebabkan pihak berkuasa melakukan ujian saringan secara besar-besaran. Tambah individu berkenaan, sebelum ini hanya individu bergejala sahaja akan menjalani ujian saringan tersebut.
Tidak henti di situ, Naim turut membalas komen individu berkenaan. Ujar Naim, adakah individu tersebut akan berdiam diri selepas mengetahui kadar pengangguran di negara ini semakin meningkat. Pada masa yang sama, adakah individu tersebut berfikir mengenai perasaan individu yang lain. Jelas Naim, ramai individu di luar sana yang masih berfikir dan berjuang untuk terus hidup.
Sumber: Naim Daniel