Umum mengetahui sebahagian besar mukim di lapan daerah di Selangor dan beberapa lokaliti di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) telah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari bermula 3 Julai yang lalu. Meskipun PKPD telah dilaksanakan, trend jangkitan Covid-19 di kedua-dua negeri tersebut masih berada di tahap yang membimbangkan.
Artikel berkaitan: ‘So PKPD Ni Untuk Orang Patuh SOP Atau Kilang?’ – Che Ta
Artikel berkaitan: Kes Covid-19 Makin Tinggi Sebab Kilang Buka, Shahrulezad Minta Mutfi Keluarkan Fatwa
Di Instagram, pelakon, Fizo Omar meluahkan rasa sedih apabila melihat situasi semasa dan dia berharap pihak kerajaan dapat mendengar luahan hatinya sebagai salah seorang rakyat di negara ini.
Makin menjadi-jadi
Makin menjadi-jadi. Apa nak jadi dengan negara kita Malaysia ni? Sepatutnya bila Allah berikan ujian untuk kita semua, waktu ini lah kita bersama-sama menghadapinya dan cari jalan penyelesaian terbaik. Rakyat menderita weh, kalau dah ade yang sampai sanggup bunuh diri, tak ada duit nak makan, tak ada tempat tinggal, the worst ever. Waktu ini lah kami sebagai rakyat mengharapkan kebijaksaan pemimpin,YB semua yang menabur macam-macam janji kepada rakyat sebelum ini.
Menurut Fizo, dia berasa sedih apabila melihat ibu bapa bergaduh, bertengkar berebut kuasa, tidak sefahaman, memfitnah antara satu sama lain tatkala pandemik ini masih berlarutan. Tambahnya, masalah dalaman negara yang tidak berkesudahan perlu diselesaikan dengan segera sekiranya negara ingin bebas daripada wabak Covid-19.
Di akhir posting, Fizo berharap suara kecilnya sebagai salah seorang jutaan rakyat Malaysia didengari dan diambil peduli oleh pemimpin yang diamanahkan oleh rakyat untuk menjaga seluruh masyarakat di negara ini.
Dah jadi tunggang terbalik
Sebelum ini, pelakon, Rozita Che Wan turut mengajukan beberapa soalan mengenai PKPD yang dilaksanakan. Menurut Che Ta, pelaksanaan PKPD tersebut untuk siapa sebenarnya memandangkan kebanyakan masyarakat duduk di rumah ketika kerajaan melaksanakan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama sebulan sepanjang bulan Jun.
Sumber: Fizo Omar