berita

Dikecam ‘Laju’ Baiki Jalan Sebab Menteri Kemalangan, Ini Respon JKR

December 29th, 2020 | by AnisAffandi
Kini Trending

Baru-baru ini, hangat dibincangkan di media sosial apabila Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, YB Khairy Jamaluddin atau lebih dikenali sebagai KJ, memuat naik hantaran di akaun Instagram dan Twitter peribadinya beberapa foto dirinya tercedera akibat kemalangan selepas basikal yang ditunggangnya melanggar lubang di jalan. 

Artikel berkaitan: Semalam KJ Kemalangan, Hari Ini Dah ‘Repair’! Laju Betul JKR Buat Kerja…

Perkara itu kembali mendapat perhatian ramai selepas Jabatan Kerja Raya (JKR) membaiki jalan berlubang tersebut selang sehari selepas KJ kemalangan. Dakwa mereka, JKR bertindak pantas kerana kemalangan tersebut melibatkan seorang menteri.

Memastikan jalan dibaik pulih demi keselamatan pengguna

Foto: Jabatan Kerja Raya Malaysia

Menurut laporan yang dipetik dari Harian Metro, Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Eddin Syazlee berkata, tidak ada isu permohonan kepada Khairy (KJ) kerana pihak mereka juga ada buat permohonan maaf dalam kes lain sebelum ini. Beliau turut berharap bahawa perkara ini tidak disensasikan lagi. 

Kalau ikutkan, jalan berlubang ini ada di mana-mana dan saya perlu meminta maaf setiap hari kerana perkara ini. Tetapi kita tumpu untuk pembaikan demi kebaikan bersama.

Tambahnya lagi, isu berkenaan tidak perlu disensasikan kerana tumpuan JKR ialah bagaimana untuk menyelesaikan aduan diterima untuk keselesaan rakyat. Menurutnya, kementeriannya memerlukan lebih daripada RM1 bilion untuk membaik pulih jalan berlubang di seluruh negara setiap tahun dan peruntukan yang sedia ada tidak mencukupi. Pihak JKR juga telah membuat kajian bagi memastikan jalan berlubang dibaiki dengan kadar segera demi keselamatan pengguna jalan raya. 

Kita ada aplikasi terima aduan dan memastikan tiada lagi jalan berlubang, tetapi untuk memastikannya ia selesai dalam kadar segera, tak bolehlah. Ia mengambil masa.

Datuk Eddin Syazlee juga berkata pihak JKR perlukan masa untuk selesaikan masalah jalan berlubang di negara kita. Beliau juga menyatakan pihak mereka ada memohon maaf untuk kes yang berlaku di Tebrau baru-baru ini.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×