berita

Dikecam Sehingga Padam Gambar Di IG, Ini Surat Terbuka Yuna Buat Atlet Papan Selaju

August 31st, 2018 | by Arini Saleh
Kini Trending

Selepas dikecam hebat netizen, atlet negara papan selaju, Fatin Syahirah Roszizi telah memadam kesemua gambar di Instagram selain turut memuat naik kapsyen mohon maaf di atas kegagalannya.

Artikel berkaitan : ‘Jika Ada Pihak Yang Patut Dikritik, Kritiklah Kementerian & Persatuan, Bukan Fatin’ – Syed Saddiq

Perkara ini telah mengundang rasa simpati netizen termasuklah penyanyi terkenal, Yuna. Di Twitter, Yuna telah menulis ‘surat terbuka’ buat Fatin Syahirah.

Padam gambar IG

Saya percayakan awak – Yuna

Fatin, tiada apa yang lebih membanggakan saya daripada melihat seorang gadis berusia 16 tahun mewakili Malaysia dalam sukan. Dalam acara baru-baru ini, kami faham yang kamu terlalu gementar (saya pun gementar juga, sampai terlupa lirik semasa live di TV dan sebagainya). Tapi tak mengapa, akan selalu ada peluang lebih baik dan kamu akan beraksi lebih bagus. Saya percayakan kamu.

Ya, banyak cemuhan di luar sana tetapi mereka bukan pengemudi kapal kamu. Mereka tidak akan tahu macam mana rasanya menjadi kamu, melalui semua ini dan bangun semula. Mereka tidak mengalami semua ini, sebab itulah pengalaman ini sangat penting supaya kamu belajar daripadanya. Seperti mengatasi rasa takut kamu.

Dalam hidup ini, banyak liku supaya kamu boleh bangun dan kembali lebih kuat. Tak semua gadis boleh buat macam kamu, tak dapat peluang pun nak mewakili negara seawal umur 16 tahun! Kamu ada peluang jadi seseorang yang dikagumi, sahutlah! Ambil masa, regroup dan kembali training. Jangan pernah berhenti apa yang kamu suka. Saya sangat berbangga dengan kamu.

Love, Yuna

Fatin, kami bangga

Sumber : Yuna Zarai

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×