Pempengaruh media sosial, Imran Bard menerima kecaman daripada netizen susulan tindakannya memberikan susu kepada beberapa ekor anak khinzir.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Imran Bard Minta Izin Ibu Bapa Sebelum ‘Bleach’ Rambut – ‘Kalau Tak, Masa Aku Buat Dah Bernanah Kepala’
Artikel Berkaitan: Imran Bard Sedih Permohonan Visa Untuk Ke Coachella Ditolak, ‘Burn’ RM888 Bayar Temu Duga Dua Saat
Imran Bard dikecam susukan anak babi
View this post on Instagram
Menerusi video yang dikongsikan di Instagram memaparkan Imran atau nama lengkapnya Muhammad Al Imran Badaruddin sedang berada di salah sebuah ladang babi yang terletak di Thailand.
Imran kemudian dilihat menyusukan beberapa ekor anak babi yang berada di dalam kandang. Tetapi siapa sangka, perkongsian itu telah mengundang pelbagai reaksi daripada wargamaya yang rata-ratanya kurang senang melihat perbuatan Imran yang menyusukan haiwan berkenaan.
Tidak kurang juga, ada yang mempersoalkan tindakan pempengaruh itu yang memuat naik video tersebut hingga boleh mengundang fitnah orang ramai.
Demi mengejar followers. Banyak-banyak binatang, kenapa binatang tu yang dia pilih. Walaupun dia tak pegang.
Everything was okay, but why feed babi do
Rasanya selagi boleh elak, tak perlu pun untuk susukan babi tu. Sebab tu saya faham kalau ada orang yang cakap kamu membuka orang untuk fitnah kamu. Apa maksud kamu, memberi susu kepada babi adalah satu pengalaman yang indah? Faham makhluk Allah , tapi masing-masing berakal kan.
‘Pengalaman indah buat saya’
Susulan daripada pertikaian ramai, Imran sempat menjelaskan bahawa itu merupakan kali pertama dia menyusukan anak babi selain menyifatkan itu adalah satu pengalaman indah buat dirinya.
Imran juga berpendapat bahawa memberikan susu kepada haiwan tersebut bukanlah satu kesalahan selagi tidak bersentuhan.
Sumber: Instagram Imran Bard