Pelakon, Fizo Omar menjelaskan mengapa dia menginginkan untuk mendapat cahaya mata yang ramai.
Ia susulan kecaman yang dilempar netizen mendakwa pelakon tersebut tidak sayang akan isterinya yang sudah berhempas pulas untuk melahirkan zuriat mereka yang kedua dalam masa setahun.
Artikel Berkaitan: Fizo Omar Beri ‘Hint’ Ingin Tambah Anak, Netizen Pulak Kesiankan Isteri – ‘Kalau Betul Sayang, Bagi Dia Rehat’
Diri sudah terlalu tua
Menerusi satu temubual bersama Hlive, Fizo mengakui dia ada terbaca mengenai komen serta kecaman netizen terhadap keinginannya itu.
Pelakon filem 7 Petala Cinta itu menjelaskan bahawa dirinya mempunyai keinginan dan target untuk menimang cahaya mata yang ramai.
Namun, atas faktor umurnya yang makin lanjut, dia tidak mahu menjarakkan usia anak-anak.
Banyak saya terima komen daripada netizen, ‘kau tak sayang bini ke?’, ‘kau tak rancang’. Okay akak-akak semua, macam ni.
Saya ni umur dah nak cecah 40 tahun, katalah saya bagi ‘gap’ anak sayang lima tahun, saya target ada ramai anak. Takkanlah umur 50 tahun saya tengah dukung baby lagi, dan umur 60 tahun baru anak masuk sekolah.
View this post on Instagram
Bukan itu sahaja, Fizo turut menjelaskan kerisauannya untuk mencari nafkah serta perbelanjaan anaknya untuk ke sekolah apabila sudah menjangkau usia 60 tahun kelak.
Sekadar info, Fizo memuat naik kegembiraannya selepas isteri, Fazeera Nazri Azrai selamat melahirkan anak mereka pada awal Mei yang lalu di media sosial.
Bagaimanapun, Fizo mendapat komen dan reaksi yang agak negatif dari warganet selepas menyatakan keinginannya untuk menimang cahaya mata lagi dalam waktu terdekat.
Rata-rata netizen kurang bersetuju dengan keinginan Fizo itu dan mendakwa pelakon Rindu Awak Separuh Nyawa itu tidak memikirkan tentang kesihatan isterinya.
Sumber: Instagram