berita

Dikecam Terlalu Kurus & Cengkung, Anak Azhar Sulaiman Buka Mulut – ‘Ia Hanyalah Genetik, Sila Tanya Ayah Saya’

January 28th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Gara-gara sering ditanya mengenai penampilan fizikalnya kurus, akhirnya anak kepada pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Leia Ixora tampil menjawab segala persoalan mengenai keadaan fizikalnya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Anak Sulung Azhar Sulaiman Kongsi Video Terima Rawatan, Jawab Soalan Netizen Kenapa Badan Kurus

Dah buat pemeriksaan kesihatan

Menerusi satu video yang dikongsikan di TikTok, Kasih memberitahu dia sudah pun membuat pemeriksaan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan keputusan mendapati dia tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan.

Saya ingat ada masalah dengan Lymph Node saya. Memang ada masalah tapi itu sahaja. Doktor beritahu kelenjar limfa saya agak besar. Selain daripada itu, saya tiada masalah. Doktor pun cakap saya hanya kurus dan dia sempat bertanya sama ada saya makan atau tidak.

Sementara itu, Kasih turut menafikan andaian segelintir netizen yang mendakwa dirinya mempunyai pelbagai masalah kesihatan seperti anoreksia, leukimia, hypertension dan sebagainya. Tambahnya lagi, keadaan fizikalnya yang kurus mungkin disebabkan faktor genetik dan bukannya disebabkan penyakit seperti yang didakwa.

Semua orang tanya ada anoreksia, leukimia, hypertension, hipertiroid, blood pressure ke? Guys, jawapannya adalah tak tahu. Satu-satunya perkara yang saya boleh jelaskan ialah ia hanya kerana genetik. Jadi, kalau masih ada soalan macam ni, sila tanya ayah saya.

Dalam kesempatan itu, Kasih mengucapkan terima kasih kepada netizen yang mengambil berat mengenai kesihatan dirinya.

Video

Sumber: TikTok Kasih Leia Ixora

SKIP THIS AD ×