Baru-baru ini, pemain gitar utama kumpulan Spider, Hanafi Hamdan atau Napie dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh akibat diserang strok ketika berada di Studio Luncai Emas.
Terbaru, Napie telah selamat menjalani pembedahan di Hospital Sungai Buloh (HSB), kira-kira jam 9 pagi, semalam.
Artikel Berkaitan: ‘Pertempuran’ 3 Dekad! SPIDER Keluar Dari Sarang Bakal Live In Kuala Lumpur 22 Jun 2024
Artikel Berkaitan: Arwah Tony Spider Meninggal Dunia Di Studio Rakaman
Dah boleh menerima pelawat
Menurut vokalis kumpulan Spider iaitu Tam, Napie sudah dipindahkan ke wad pengasingan di hospital berkenaan.
Alhamdulillah, Napie sudah selamat menjalani pembedahan dan kini sudah ditempatkan di wad. Dia juga sudah boleh menerima pelawat.
Menurut isteri Napie iaitu Nor Rasidah pula, ketika kejadian suaminya yang juga jurutera bunyi di studio terbabit sedang melakukan kerjanya sambil ditemani anak Datuk M Nasir iaitu Hidayat.
Sementara itu, Tam turut memohon peminat dan orang ramai membuat sedikit sumbangan bagi meringankan beban isteri dan anak-anak Napie.
Tambah Tam, sumbangan boleh disalurkan ke akaun Nor Rasidah sendiri.
Moga Allah jua yang membalas amal kita bersama, Insya-Allah, terima kasih.