berita

Diketawakan Semasa Interview Kerja, Lelaki Ini Nekad ‘Tukar’ Wajah…Terus Berubah 100%, Hidung Mancung Habis!

March 3rd, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Gara-gara tidak tahan kerana sering dihina dan menjadi bahan jenaka, seorang lelaki dipercayai nekad membuat pembedahan plastik pada wajahnya. Lelaki yang berusia 26 tahun ini telah viral di media sosial selepas dia berkongsi beberapa video trasformasi wajahnya di akaun TikTok.

Dihina masa temuduga kerja

Menerusi laporan yang dipetik daripada Odditycentral, lelaki yang dikenali dengan nama Do Quyen ini berasal dari Vietnam mengaku terpaksa menjalani pembedahan plastik selepas dia ditertawakan oleh panel ketika menghadiri temuduga kerja hanya kerana wajahnya yang dikatakan ‘kurang menarik’.

Lelaki ini memaklumkan insiden tersebut telah mendorong dirinya untuk melakukan transformasi pada wajahnya. Jelas Do Quyen lagi, ibu bapanya juga seakan tidak menyokong apa yang dilakukannya itu tetapi Do Quyen nekad dengan keputusan tersebut. Malah, dia juga terpaksa membiayai segala kos pembedahan plastik seorang diri.

Masa pertama kali saya balik selepas pembedahan, keluarga dan ibu bapa pun tak kenal saya.

Habis hampir RM70k

Menurut sumber, lelaki ini yang kini bekerja sebagai jurusolek di Saigon memberitahu sudah menghabiskan hampir RM70,000 untuk pembedahan plastik tersebut termasuk pembentukan semula hidung dan bibir, implan dagu, pembedahan kelopak mata dan sebagainya. Do Quyen telah membuat pengakuan mengejutkan ini menerusi beberapa video di akaun TikTok miliknya. Bukan itu sahaja, dia juga sempat berkongsi trasformasi wajahnya sebelum dan selepas pembedahan plastik.

Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai respon daripada netizen yang rata-ratanya terkejut melihat perubahan drastik pada wajah lelaki ini. Tidak kurang juga ada yang mengkritik tindakan yang dilakukan Do Quyen. Walaupun begitu, lelaki ini menjelaskan dia langsung tidak menyesal dengan keputusannya itu.

Transformasi sebelum dan selepas

@quyen_do8Tr? l?i @halfelf2309 ##howichange lúc trc Ngo?i x?u thg b? chê bai thay ??i ?ê mình hoan h?o h?n ? ##Thaydoi ##daythithanhcongkhongnhi? feeling – Official Sound Studio

@quyen_do8M?i ?? ?ep ch?a ?? nh?c n?n – ?? Quy?n

Memang lain weh!

@quyen_do8##howichange cám ?n ai ?ó b? r?i tôi ?? tôi tìm l?i dc chính mình ##l?txác ##Thaydoi? H?n Yêu – Minh V??ng, Th??ng Võ, ACV

@quyen_do8??????? nh?c n?n – B?o An ??

Sumber: OdditycentralDo Quyen

SKIP THIS AD ×