berita

Dikurung Sejak 2009, Wanita Dedah Pernah Diperkosa Lebih 1,000 Kali

August 3rd, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

rogol

Di Rusia, seorang lelaki ditahan pihak berkuasa kerana didakwa mengurung seorang wanita sebagai hamba seks selama 14 tahun di rumahnya di Chelyabinsk.

Perkosa lebih 1000 kali

rogol

Menerusi laporan New York Post, mangsa yang dikenali sebagai Ekaterina yang kini berusia 33 tahun, mendakwa dikurung sejak 2009 dan diperkosa lebih 1,000 kali.

Suspek, Vladimir Cheskidov, 51, juga didakwa membunuh seorang wanita lain di rumah sama, pada 2011. Cheskidov ditahan selepas Ekaterina, melarikan diri dengan bantuan ibunya sebelum pergi ke balai polis.

Ekaterina memberitahu polis bahawa dia dibenarkan keluar dari bilik tidur untuk melakukan kerja rumah selain mendakwa berulang kali diseksa, juga dipukul dengan kejam kerana isu-isu kecil.

Polis menggeledah rumah satu tingkat Cheskidov di kampung Smolino dan menemui koleksi mainan seks dan cakera padat (CD) yang mengandungi video pornografi.

Cawangan tempatan Jawatankuasa Penyiasatan Rusia mengesahkan penemuan mayat manusia di ruang bawah tanah rumah itu.

Menurut pegawai penyiasat, Russia Today, Cheskidov bertemu Ekaterina yang ketika itu berumur 19, pada 2009 dan mengajaknya minum minuman alkohol di rumah yang didiaminya sebelum mengurungnya di sana sejak itu.

Cheskidov menghidap penyakit mental dan selepas keadaannya semakin teruk, dia dibawa ke hospital tempatan dan ia memberi peluang kepada Ekaterina untuk melarikan diri dari rumah itu.

Ekaterina memberitahu polis bahawa Cheskidov membawa seorang lagi banduan wanita ke dalam rumah, yang dibunuhnya selepas mereka bergaduh pada 2011.

Berikutan itu, Cheskidov menghadapi tuduhan membunuh, merogol dan menculik. Lelaki itu kini ditempatkan di institusi mental dan diletakkan di bawah pengawasan polis.

Sumber: New York Post

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×