berita

Dilahirkan Tanpa Dubur, Perjalanan Hidup Adik Aqil Meruntun Hati

June 3rd, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itu lah ungkapan yang paling sesuai menggambarkan kehidupan seorang kanak-kanak iaitu Syafrullah Aqil Mohamad Hairul Nizam yang menderita masalah ketiadaan saluran dubur atau Cloacal Exstrophy.

Derita Aqil sejak lahir

Menerusi laporan yang dipetik daripada Harian Metro, Aqil bukan sahaja ketiadaan tempat pembuangan air besar malah dia juga turut mengalami masalah lain bermula dari pusat hinggalah ke bahagian bawah. Lebih menyayat hati apabila bahagian badan Aqil terpaksa ditebuk dan dilekatkan beg stogma bagi memudahkannya untuk membuang najis. Aqil yang baru sahaja berusia 4 tahun ini terpaksa menanggung derita setiap kali ingin membuang air besar.

Menceritakan kisah itu, bapa Aqil iaitu Mohamad Hairul Nizam Ab Rahman memaklumkan bahawa pada awalnya doktor langsung tidak dapat mengesan komplikasi yang dihadapi Aqil sewaktu di dalam kandungan isterinya, Mardiana Saputak sehinggalah anak kecil ini dilahirkan.

Kami perlu akur apabila doktor memberitahu tumbesaran Aqil tidak sama dengan kanak-kanak seusia dan perlu menjalani sekurang-kurangnya 16 kali pembedahan sehingga dewasa selain bergantung dengan penggunaan beg stoma serta lampin pakai buang seumur hidupnya.

Tak mampu beli susu formula

Difahamkan, Hairul Nizam yang juga merupakan bekas pekerja kilang elektronik berkata, dia tidak mampu untuk membelikan susu formula seperti yang disarankan doktor sebaliknya hanya mampu membelikan vitamin sahaja buat anaknya, Aqil.

Menurut Hairul Nizam, dia bernekad untuk berhenti kerja dari kilang tersebut selepas menceburi bidang perniagaan sate. Namun, perniagaannya itu hanya bertahan selama setahun sahaja selepas dia menyedari pekerjaannya itu terdedah kepada kuman sewaktu membeli keperluan di pasar. Hal ini secara tidak langsung memberi kesan kepada kesihatan anaknya itu.

Sejak itu, saya menjaga Aqil sepenuh masa di rumah di samping membantu adik berniaga makan dan minuman dan menjadi penghantar rempah untuk perniagaan ayah dengan pendapatan RM50 sehari. Manakala isteri bekerja sebagai kerani di syarikat pelancongan swasta.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Mohamad Hairul Nizam di 012-292 4629 atau menyumbang ke akaun CIMB Bank bernombor 7603947775.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×