berita

Dilanggar Lori Ketika Melancong Di Vietnam, Wanita Ini Kongsi Pentingnya Beli Insurans Perjalanan!

January 16th, 2020 | by Shahira
Travelogue

Sudah menjadi satu kebiasaan apabila tibanya cuti panjang terutamanya cuti persekolahan, pasti ibu bapa akan merancang untuk membawa anak-anak mereka melancong ke luar negara. Sungguhpun begitu, masih ramai dalam kalangan rakyat Malaysia yang tidak mengambil insurans perjalanan kerana menganggap ianya kurang penting dan merupakan satu pembaziran.

Terbaru, Liyana Love ada berkongsi di laman Facebook miliknya dengan menceritakan satu pengalaman yang dilaluinya ketika melancong di Vietnam. Menerusi perkongsian tersebut, wanita ini juga turut menasihati kepada semua supaya membeli travel insurans sekiranya ingin melancong ke luar negara kerana ianya sangat berguna lebih-lebih lagi apabila berlakunya perkara diluar jangkaan kita.

‘Sebab kita tak tahu apa akan jadi’

Sis cuma nak ingatkan jangan lupa beli travel insurance walaupun travel untuk sehari dua ke. Sebab kita tak tahu apa nak jadi kan. Macam sis, hari ke-2 di Dalat dah accident langgar lori. Sis, husband dan baby 9 bulan tapi alhamdulillah baby selamat. Syukur sangat sangat cuma sis lah patah kaki kanan dan husband patah rahang dan rusuk kiri. Masa naik motor tu, anak guna baby carrier jadi memang dia tak kena apa apa.

Tapi orang kat sini hampir 97% tak boleh cakap english, waktu nak minta tolong call kan ambulance bukan main azabnya! Sebab ambulance pun tak tahu. Dah lah dekat kawasan tu line internet slow. Macam sis nak menangis je masa tu tapi lepas je accident sis terus call insurans untuk inform diorang dan diorang sangat bagus sebab call setiap satu jam!

Cuma rezeki sis, owner lori yang kitaorang langgar tu baik sangat. Serius terlalu baik sebab dia bayarkan bil hospital sis dan suami. Dia memang ikhlas tolong kitaorang. Dan untuk pengetahuan korang, serius orang Dalat sangat baik. Walaupun baru 9 hari pelbagai kenangan manis sis rasa.

Alhamdulillah, semuanya selesai

Makcik makcik Dalat yang jaga anak sis semasa sis tak mampu buat apa-apa. Mandikan tukarkan baju bagi makan dan susukan. Dan kalau sesiapa datang Dalat, boleh makan di Restaurant Hajah Hawa, Da Lat sebab owner nya terlalu baik. Mereka yang hantar makanan setiap hari pada sis semasa kitaorang dekat sini sebab sis hampir termakan bubur daging babi tau. Sis promote restoran dia sebab tu je yang sis mampu buat untuk balas jasanya.

Sis kan balik Malaysia sabtu ni (1 8Januari 2020), baby sis dah balik dulu hari jumaat lepas sebab sis memang tak larat nak jaga dia dengan keadaan sis yang agak kekurangan ni. Sis dah 9 hari dekat Lam Dong Hospital Dalat. Alhamdulillah pihak insurans sis dah uruskan penerbangan balik sampai lah ke hospital di Johor Bahru.

Sebelum ni macam berkira kira nak beli tiket business class, tak sangka bila sakit dapat juga merasa duduk di business class! Datanglah Dalat! Anda pasti teruja dengan kecantikkan bunga di setiap jalan di Dalat, yang dikenali sebagai taman bunga yang abadi! Ohh yaa! Shopping pun best disini! Tak perlu tawar sebab barang memang dah murah sangat. Sis beli insurans etiqa 360.

Sumber: Liyana Love

SKIP THIS AD ×