berita

Dilantik Menteri Pendidikan Indonesia, Ini Latarbelakang Hebat Nadiem Makarim, Bekas Pengasas Gojek

October 24th, 2019 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Keputusan Presiden Indoesia, Jokowi melantik seorang tokoh perniagaan muda yang baru berusia 35 tahun sebagai salah seorang menteri di bawah pemerintahannya menerima pelbagai respon daripada rakyat negara itu. Di dalam kabinet tersebut, bapak Jokowi mengumumkan Nadiem Anwar Makarim, sebagai Menteri Pendidikan dan Kebudayaan (Mendikbud).

Perkara ini menjadi bualan hangat netizen yang rata-ratanya memuji kehebatan anak muda ini. Siapa beliau sebenarnya?

Pengasas Gojek pada tahun 2010

Nadiem Makarim merupakan usahawan Indonesia yang dikenali ramai kerana kebijaksanaannya. Beliau merupakan pengasa bersama Go-Jek pada tahun 2010, sebuah syarikat rangkaian pengangkutan dan syarikat permulaan logistik yang menjadi syarikat decacorn pertama di Indonesia.

Anak kelahiran Singapura ini dilantik menjadi menteri pendidikan dan kebudayaan Republik Indonesia pada 23 Oktober 2019. Nadiem berpindah dari Jakarta ke Singapura selepas menamatkan pendidikan sekolah menengah di Singapura pada tahun 2002.

Merupakan pelajar Harvard

Bekas pengasas Gojek ini merupakan lepasan pelajar Harvard Business School dalam jurusan Master of Business Administration selepas menghadiri pertukaran pelajar di London School of Economics. Pada tahun 2006 beliau mendapat ijazah sarjana muda dalam jurusan Hubungan Antarabangsa di Brown University di Amerika Syarikat.

Beliau memulakan kerjayanya sebagai perunding pengurusan di McKinsey & Company. Selepas mendapat MBA, beliau menubuhkan Zalora Indonesia. Di syarikat itu, beliau juga pernah berkhidmat sebagai Editor Urusan. Selepas meninggalkan Zalora, beliau kemudiannya berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Inovasi (CIO) Kartuku, sebelum akhirnya memfokuskan diri untuk membangunkan Go-Jek.

Menjadi menteri pendidikan dan kebudayaan

Lebih membanggakan apabila Presiden Joko Widodo (Jokowi) mengumumkan Nadiem Makarim salah seorang menteri milenial di pengumuman kabinet menteri pada 23 Oktober 2019.

Saya menerima tanggung jawab ini, dan senang sekali siap maju ke depan. Untuk spesifik, saya belum bisa bicara karena itu hak prerogatif presiden. Saya sudah diberi tahu, dan saya sudah terima secara formal.

Dalam pada itu, Presiden Jokowi memilih Nadiem berbanding individu lain yang mempunyai latar belakang ketenteraan sekaligus menjadi menteri paling muda dalam kabinet Advanced Indonesia 2019-2024 sejak pembaharuan tahun 1998.

Sumber: Wikepedia, Jawa Pos, Tribunnews

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×