berita

Dilantik Sebagai Ahli Perbadanan SME Corp, Anak Zahid Hamidi Luah Rasa Terima Kasih

January 5th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Datuk Nurulhidayah iaitu anak kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, telah dilantik sebagai  Ahli Perbadanan SME Corp iaitu agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan (MEDAC).

Menerusi laporan Malaysia Gazette, Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar  telah menyerahkan surat pelantinkan tersebut kepada Nurulhidayah ketika Majlis Amanat dan Hala Tuju MEDAC 2021 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, semalam.

Mempunyai pelbagai pengalaman

Memiliki ijazah Sarjana Komunikasi Korporat dari Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 2012, Datuk Nurulhidayah pernah menyandang jawatan sebagai Ketua Komunikasi Bahagian Korporat di Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB). Beliau juga menerima gelaran ‘Datuk’ ketika memikul tanggungjawab tersebut.

Di samping itu, beliau mempunyai bakat dalam bidang fesyen dan merupakan seorang pereka fesyen hijab. Malah, beliau juga pernah memiliki sebuah syarikat pengurusan acara, Karya Bonda Sdn Bhd dari tahun 2007 hingga tahun 2012. Melalui pengalaman yang dimiliki, beliau dilantik menjadi ahli perbadanan SME Corp tersebut. Turut dilantik pada majlis berkenaan ialah Koong Lin Loong.

Terima kasih

Bismillahirahmannirahim. Alhamdulillah, sy ingin mengumumkan bahawa sy telah dilantik sebagai Ahli Perbadanan SME Corp Malaysia yg berkuatkuasa 1 Januari 2021. Hari ini sy dijemput untuk menerima watikah secara rasmi oleh YB Dato’ Sri Dr Haji Wan Junaidi, Menteri Pembangunan Usahawan dan Korperasi. Alhamdulillah, bersyukur dan terima kasih atas kepercayaan yang diberikan. Semoga Allah memberi kelancaran buat saya untuk memberi perkhidmatan terbaik sebagai Ahli Perbadanan di SME Corp Malaysia. Inshaa Allah. Biiznillah.

Di Instagram, Nurul meluahkan rasa syukur kerana menerima watikah pelantikan tersebut secara rasmi semalam. Beliau turut berterima kasih atas kepercayaan yang diberikan kepada beliau. Beliau juga berharap dapat memberi perkhidmatan yang terbaik sebagai ahli perbadanan SME tersebut.

Sumber: Malaysia Gazette & Nurulhidayah

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×