berita

Dilayan Bagai Hamba, Cari Duit Sendiri Sara Keluarga, 4 Tahun Perkahwinan Penuh Derita Wanita Ini Cetus Simpati

January 17th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Perkahwinan merupakan detik manis sebagai suami isteri kerana dapat mencurah kasih sayang dan berkongsi hidup. Perkahwinan juga diharap dapat berkekalan sehingga ke akhir hayat. Namun begitu, setiap rumah tangga pasti akan datang dugaan yang melanda.

Seperti kisah yang dikongsi oleh seorang wanita di Facebook, perkahwinannya hanya bertahan selama 4 tahun. Dia yang sedaya upaya mempertahankan rumah tangganya tidak berjaya gara-gara baran si suami. Suami yang telah berjanji untuk meninggalkan tabiat ‘kaki mabuk’ nampaknya tidak menunaikan janji. Dia sebagai isteri dilihat lebih kepada ketua keluarga kerana banyak mencari rezeki untuk keluarga.

4 tahun perkahwinan runtuh

Mungkin dah sampai waktunya. Selama ni aku diam, aku sabar, aku tak nak buka aib kau.. Tapi kalini kau dah jatuh kan maruah aku. Kau tambah cerita kau fitnah aku.. Kau cakap dekat orang aku yang minta cerai sebab aku ada lelaki lain. Semua orang pandang aku ni hina sangat teruk sangat.

4 tahun perkahwinan, memang ada yang baik yang bahagia tapi cuma sementara. Lebih banyak derita dari kebahagiaan. Aku tak kisah kalau sama sama hidup susah senang sebab itu lumrah alam rumah tangga. Tapi, kau sikit tak hargai pengorbanan aku. Aku beli barang dapur, aku beli susu pampers anak, aku bagi kau duit belanja kerja, aku sayang kau sepenuh hati aku. Aku bukan nak ungkit. Tapi aku cuma nak kau hargai aku. Tapi kau tetap tak pandang aku, sikit sikit mengamok marah aku. Bila anak-anak tidur, aku sebagai isteri nak luahkan apa aku buat penat lelah aku. Hanya kau tempat aku mengadu, hanya kau kawan aku suami aku segalanya. Tapi bila aku buka mulut kau tinggikan suara cakap aku ungkit. Aku ibu tak guna tak ikhlas jaga anak. Dengan sapa aku nak luahkan? Sampaikan aku tekanan aku nangis sorang sorang aku ketuk-ketuk kepala aku. Aku takde tempat mengadu. Aku jenis tak suka burukkan orang, aku tak bagitahu keluarga aku, sebab aku taknak nampak kau tu jahat. Aku cuba berselindung. Aku puji kau walaupun takde benda tu.

Aku cari kau satu KL

Paling aku sedih, bukan je nafkah dan tanggungjawab. Tapi kau kaki mabuk. Dari Akief (sulung) masih kecil, aku cari kau satu KL sebab kau tak balik, call tak angkat. Kau balik 8 pagi dengan keadaan mabuk bau arak yang kuat. Hancur hati aku ya Allah. Aku ingat dah berakhir, sebab kau dah janji bersumpah. Tapi jadi lagi dan lagi lebih 10 kali. Dengan rezeki Allah aku mengandung Adief (no 2). Segala keperitan dan azab aku rasa sepanjang mengandung kalini. Dengan aku alahan, bleeding keluar masuk wad, aku hanya makan maggie, nasi kosong dengan kicap aku diam je. Jalan kaki berbekalkan RM4 cari makanan sambil dukung Akief dengan perut yang semakin membesar. Kau marah aku kau tengking aku, kau cakap aku berlakon bila aku terbaring loya pening. Kau cakap kakak kau lagi penting. Kau keluar pergi dekat kakak kau, kau pertahankan kakak kau sedangkan aku isteri kau ibu kepada anak-anak kau ni?

Aku ibarat ketua keluarga

Semua nampak kami bahagia, aku selindung semua tu. Sebab aku sayangkan kau. Kadang kau bagi duit belanja RM100 untuk barang dapur susu pampers anak, bila habis kau marah aku. Mintak jaga anak bila aku tengah buat kerja packing chocojar masak kau marah aku. Kau cakap kau tak cukup tidur sedangkan dah tengah hari. Aku tido 1jam, setengah jam ada kau fikir? Aku tak ungkit aku diam. Aku dengar cakap kau.

Aku usaha jual botol susu budak-budak, chocojar untuk cari duit. Aku ibarat ketua keluarga, bangun pagi pening fikir nak makan apa harini, nak beli barang anak beli barang dapur. Aku keluar cod aku pergi pos barang aku bawak anak anak. Hujan panas siang malam aku angkut anak-anak untuk cari rezeki. Sakit anak luka anak segalanya aku. Aku cuba amik hati kau, nak belaian seorang suami. Tapi aku tak dapat semua tu. Hanya tangisan di pipi setiap hari-hari yang aku lalui. Anak-anak lah pengubat segala keperitan hidup aku.

Cerai dengan talak satu

Kami 3 beranak kadang hanya makan telur rebus 2 biji kongsi bertiga. Kami susah kami seksa siapa tahu? Takde siapa. Orang sekeliling burukkan aku hina aku. Kau tuduh aku ada lelaki lain, sedangkan aku setia dengan kau. Aku jumpa lelaki atas urusan cod, dan pelbagai peringkat umur muda tua lelaki perempuan.

Sampai lah satu saat, setelah sekian lama kita tak bertegur siapa, tidur asing. Kita gaduh besar. Depan anak-anak, aku dukung Adief dan kemas almari, kau naik suara dengan aku, kau terkam aku seolah solah nak naik tangan. Kau lafaz kan DENGAN LAFAZ BISMILLAH DEMI ALLAH AKU CERAIKAN KAU DGN TALAK SATU. Allahuakbar.. Depan anak-anak, lutut aku lemah ya Allah. Hati aku rasa kosong. Segala pengorbanan aku, kesetiaan aku dekat kau. Hancur.

Semua orang hina aku

Ya memang ada yang baik kau lakukan dengan aku dan anak-anak, terima kasih untuk semuanya. Dan untuk keperitan, aku terima. Semoga kau tak lalukan untuk perempuan lain seperti mana aku azab. Hargai sementara ada didepan mata. Hati aku dah kosong.

Semua orang hina aku, nampak aku ni jahat sangat sangat. Semua orang menilai dari luaran. Bukan dalaman. Terima kasih untuk semua yang tak tahu cerita tapi menuduh aku. Aku yang tanggung segalanya, hanya aku dan anak anak.

Aku dah penat menangis

Aku redha ya Allah. Kalau ini ujian yang kau berikan, hasil duit chocojar yang aku jual, aku dapat membesarkan anak-anak aku. Cukup hanya ni sahaja buat masani untuk aku luahkan. Aku dah penat menangis. Aku dah penat terseksa.

Ajal maut jodoh pertemuan ditangan Allah swt. Aku tak mintak semua ni jadi, moga ada sinar utk aku dan anak-anak selepas ni. Terima kasih untuk segalanya.

Sumber: Facebook

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×