Gambar sekadar hiasan
Seorang wanita memfailkan perceraian selepas dia dipaksa suaminya untuk hamil anak lelaki walaupun mereka telah dikurniakan enam orang anak perempuan.
Artikel Berkaitan: Kejam! Suami Tergamak Curah Petrol Bakar Isteri & Anak-Anak Sampai Melecur 55%
Artikel Berkaitan: [VIDEO] 15 Tahun Menanti Cahaya Mata, Abang Lori Syukur & Sebak Dikurniakan Anak – ‘Orang Ingatkan Cucu Saya’
Mahkamah tolak permohonan cerai
Gambar sekadar hiasan
Memetik laporan South China Morning Post, wanita bernama Xiong dari wilayah Hunan, China itu berkahwin dengan suaminya yang bernama Ou pada tahun 2015.
Difahamkan mereka telah memiliki empat orang anak perempuan sebelum rasmi berkahwin dan selepas mendirikan rumah tangga mereka dkurniakan sepasang kembar perempuan.
Sepanjang perkahwinan, Xiong yang banyak mengurus enam anak mereka justeru dia keletihan. Namun, suaminya tetap menginginkan dan memaksanya untuk hamil lagi sehingga mereka mendapat anak lelaki.
Ekoran itu, wanita berkenaan meninggalkan rumah mereka dan tinggal bersama-sama ibu bapanya. Pada Jun lalu, dia mengambil keputusan untuk memfailkan perceraian.
Walau bagaimanapun, mahkamah menolak permohonan perceraiannya dengan menyifatkan dirinya sebagai bukan seorang ibu yang baik.
Dia juga diperintahkan oleh mahkamah untuk kembali ke pangkuan keluarga untuk menjalankan tanggungjawab sebagai ibu dan isteri.
Susulan sudah viral, kisah tersebut telah menimbulkan kemarahan dan kritikan warganet.
Sumber: South China Morning Post