Baru-baru ini ayah pelakon Gerak Khas, Norman Hakim telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) atas masalah kesihatan. Tetapi selepas beberapa minggu ditahan dalam wad, akhirnya ayah Norman dilepaskan dari pihak hospital.
Dalam post terbaru Norman Hakim di Instagram, ayahnya dinasihatkan supaya tidak travel jauh-jauh dan terus berehat kerena kondisi masih tidak stabil. Norman juga kongsi dengan orang ramai 3 perkara dari ayah jika ‘apa-apa terjadi’ padanya. Sebak pula kami.
3 pesanan ayah sebelum ‘apa-apa terjadi’ dekat dia
Alhamdulillah ayah dah discharged dari hospital.Supposely balik minggu ni langsung nak bawak ayah naik KL utk follow up kat IJN,tapi Doc kat sini nasihatkan supaya ayah rest,jgn travel jauh sbb still under recovery
Banyak yg ayah brief pagi ni.Mintak wakilkan dia utk ke IJN esok sebagai PR bagi pihak dia dgn Doc disana selain mintak advise utk ubat & keperluan dia yg lain dari sana & etc
Saya nak ucap terima kasih sekali lagi kpd semua yg banyak mendoakan,terima kasih kpd semua doc.& nurse yg menjaga ayah saya sepanjang dia dirawat di HTAA (27/12/17-4/1/18) & juga di IJN yg monitor perkembangan ayah saya sejak 2002.Terima kasih jugak kpd isteri,anak5 yg memahami ‘jihad’ papa ni
Pesan ayah sebelum nak gerak balik KL,kalau ‘jadi apa2’ dkt dia;
1. Dia mintak cucu2 yg dah menghafaz Al-Quran utk bacakan dari Juzuk 1 sampai Juzuk 30 utk dia
2. Mohon maaf kepada semua orang kalau ada salah & silap dia
3. Kalau ‘jadi apa2’ di Kuantan,minta cari tempat yg sesuai,kalau di KL di Lembah Keramat sebelah sepupu kesayangan dia Almarhum Ismail Hassan.Paling penting dia cakap kat mana sekalipun sebenarnya dia tak kisah selagi tak menyusahkan tapi pastikan sediakan ruang sebelah dia utk makTerima kasih Allah utk kesempatan bersama dia utk ke sekian kali.Dan terima kasih banyak banyak banyak semua diatas doa2 yg ikhlas utk kesembuhan & kesihatan ayah..Jazakallahu Khair
Netizen doa kesihatana ayah Norman Hakim
Sumber: Instagram Norman Hakim