Pelakon jelita, Dilraba Dilmurat berdepan pengalaman kurang menyenangkan apabila diraba oleh peminat ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing, China baru-baru ini.
Raba tubuh
Menerusi laporan 8days, pelakon berusia 31 tahun itu pada awalnya menyapa peminat yang menantinya di balai ketibaan namun salah seorang telah mengambil kesempatan meraba tubuhnya ketika dikerumuni orang ramai.
Dilraba yang ketika itu mengenakan gaun menampakkan bahu serta memakai topi dan pelitup muka gagal menyembunyikan identitinya sehingga diserbu peminat.
Menerusi video yang viral di media sosial, seorang lelaki berbaju biru dilihat menyentuh bahu dan belakang tubuh Dilraba.
Susulan kejadian itu, pihak pengurusan artis berkenaan memohon maaf dan berjanji akan mengetatkan kawalan terhadap selebriti terkenal itu agar kejadian serupa tidak berulang.
Sumber: 8days