Bersempena menyambut ulang tahun perkahwinan yang pertama, pelakon Dini Schatzmann memuat naik sebuah video istimewa yang ditujukan khas kepada isteri tercinta iaitu aktres Janna Nick.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Sayang Awak, Saya Nak Anak’ – Janna Nick
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Dini Sahaja Kebahagiaan Saya, Siapa Berani Sentuh Saya Tak Kisah Masuk Penjara’ – Janna Nick
Anniversary petama
Bersyukur dengan mahligai yang dibina, Dini berkata Janna bukan seorang individu yang bersikap dominan dalam perhubungan seperti didakwa segelintir pihak. Sebaliknya, Janna seorang yang sangat manja dan penyanyang.
Hi baby (Janna), kita sudah bersama masuk lima tahun (termasuk tempoh bercinta). Ada sesuatu perkara yang orang luar fikir betul tentang kita, tetapi saya tahu itu sebenarnya tidak.
Orang selalu kata awak yang dominan, saya yang lemah lembut. Itu apa yang dilihat depan kamera. Tetapi apa yang saya tahu awak seorang yang sangat manja. Awak sebenarnya ‘baby’ dan paling manja antara kita.
Dalam video sama, Dini memberitahu antara momen paling indah bersama Janna adalah ketika mereka pergi mengerjakan Umrah pada Disember tahun lalu.
Momen paling indah dalam hidup saya dengan awak adalah ketika kita bersama pergi Umrah. Awak yang paksa untuk pastikan trip itu berlaku. Bila kita berbincang bulan madu nak pergi mana, awak cadang untuk kita buat Umrah.
Trip ke Umrah sangat bermakna dalam hidup saya bersama awak dan merasakan ini adalah perkara yang paling manis untuk kita jalani hubungan ini.
Rutin suami isteri
Sementara itu, aktor berdarah kacukan Melayu-Switzerland ini turut berkongsi rutin yang dilakukan mereka setiap hari. Antaranya, mandi bersama dan menyisir rambut isterinya.
Banyak perkara yang kira rakam tetapi tidak dikongsikan dalam media sosial. Banyak momen-momen yang manis yang orang tak nampak.
Antara rutin yang kita buat adalah sesiapa di antara yang balik lewat, akan tunggu dan akan mandi bersama-sama. Selepas mandi kita akan solat. Saya akan sikat rambut awak sebelum kita tidur.
Kalau kita tidak buat rutin itu pada malam hari, saya akan rasa malam itu tidak lengkap dalam hidup saya.
Di akhir video, Dini meluahkan rasa syukur kerana dijodohkan dengan Janna yang banyak membantu dirinya menjadi individu yang lebih baik.
Apa yang saya nak cakap pada awak adalah, awak telah menjadikan saya versi yang lebih baik dalam diri sendiri. Yang saya tak pernah saya tahu akan jadi sebaik ini.
Awak telah mengubah saya dalam banyak perkara ke arah yang lebih baik. Rasa bersyukur dengan apa yang Allah telah berikan kepada kita.
Imbas kembali, Janna dan Dini sah bergelar suami isteri dalam sebuah majlis yang dilangsungkan secara tertutup di Masjid Aisyah, Langkawi Kedah pada 10 Jun tahun lalu.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Instagram