Sempena sambutan Hari Malaysia semalam, 16 September ramai rakyat Malaysia dan selebriti tanah air mengambil kesempatan untuk memberi ucapan mereka sebagai tanda syukur dan bertuah kerana dilahirkan dalam sebuah negara yang aman, makmur dan harmoni.
Salah satu posting yang menarik perhatian ramai adalah posting ucapan dari seorang pelakon dan pengacara hebat iaitu Rozlinawaty Ismail atau lebih dikenali sebagai Ozlynn Wati.
Ramai orang kahwin campur sekarang ni
https://www.instagram.com/p/B2dEhFcpZ8z/?utm_source=ig_web_button_share_sheet
Menerusi posting di Instagram miliknya, isteri kepada pelawak terkenal, Johan ada menekankan tentang pentingnya rakyat Malaysia berganding bahu untuk membimbing generasi akan datang supaya lebih bersatu-padu.
Selamat hari Malaysia. We Are Malaysian. Yes betul dan paling tepat. Kadang ada yang kecam bangsa lain sebab mereka fikir mereka Melayu.
Kena ingat. Ramai orang kahwin campur sekarang ni. Dalam darah anak-anak kami, ada darah British, darah Cina, darah Bugis, Jawa, Banjar dan ada sedara-mara yang berkahwin dengan bangsa India.
‘Mak kami orang Cina’
Menurut Ozlynn, sebagai rakyat Malaysia tak kira Melayu, Cina atau India, kita perlu membimbing generasi akan datang untuk bersatu padu serta saling menghormati setiap agama. Tambahnya lagi, nasihat ini bukan lah dituju sepenuhnya kepada orang Melayu malah ianya terbuka kepada semua bangsa.
Kadang-kadang duduk se’table’ dengan orang-orang kan, diorang sembang kecam-kecam maki Cina. Kami pun terasa juga sebab mak kami Cina. Kadang lepas diorang maki-maki tu kami selit je, uishhh sian mak aku, dia cina tau.
Berubah pula muka kau! Lepas tu nak tarik balik kata-kata tu dah terlambat. Sebab tu yang terbaik, kalau tak ada kata-kata yang baik nak keluar dari mulut kau, baik diam je.
Arwah atok, India dan moyang, British
Ozlynn dilahirkan dari keluarga yang mempunyai campuran dari pelbagai bangsa dan kaum. Sebagai rakyat Malaysia yang lahir di Tanah Melayu, kita adalah satu rumpun yang sama. Jadi, isu perkauman dan agama bukan lah satu perkara yang perlu digembar-gemburkan.
Arwah atok sedara kami India, moyang kami British.. So tak payah lah pertikaikan bangsa dan agama. Kita tetap satu rumpun dan berkongsi bumi Allah.
Rileks je, yang buruk adalah sikap manusia itu sendiri, bukan agama atau bangsa. Jangan judgemental sangat. Fikir positif, berbaik-baik sesama manusia, demi keamanan negara, demi masa depan anak-anak dan cucu-cicit tercinta.
Saling menghormati
Dalam pada itu, Ozlynn juga turut menasihatkan agar setiap individu perlu menunjukkan sikap sebagai rakyat Malaysia dengan saling menghormati antara satu sama lain tanpa mengira warna kulit, agama, budaya dan bangsa.
Paling utama saling hormat-menghormati. Ini bukan marah tau tapi nasihat. Ikut hampa la, nak dengar atau tak.
Happy Malaysia Day to all Malaysians.
Sumber: Ozlynn Wati