berita

Dipaksa Berbohong Tak Pernah Jumpa, Pesakit Covid-19 Geram Kontak Rapat Tak Mahu Buat Swab Test

October 28th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Salah seorang pesakit Covid-19, luah rasa sedih dan kecewa apabila dipulaukan oleh ‘contact’ rapat selepas dia disahkan dijangkiti wabak itu. Menurutnya, masing-masing menyalahkan dirinya dan sanggup berbohong tidak mahu melakukan pemeriksaan ‘swab test’ bagi memastikan mereka tidak dijangkiti. Orang macam ini pun ada ke?

Suruh berbohong

Tiada siapa di antara kita nak kena jangkitan COVID-19 ni. Tidak seorang pun nak. Bahkan kita sedaya upaya menjaga keselamatan dan kebersihan diri. Facemask selalu dipakai, amalkan penjarakan, tidak bersalaman, namun tetap kena juga. Mungkin jangkitan melalui tombol pintu, punat lif, wang, pam minyak dan apa saja yang memungkinkan.

Individu ini meluahkan perasaan kepada cikgu ini selepas tidak tahan dipulaukan oleh keluarga sendiri gara-gara mempunyai positif Covid-19. Pada awalnya dia mengalami simptom Covid-19 dan melakukan pemeriksaan dengan cepat. Namun selepas mendapat keputusan positif, rata-rata orang di sekelingnya menyalahkan dirinya.

Sanggup lari dari tanggugjawab

Tolong jangan marah mereka. Tolong jangan maki hamun. Mereka tak nak pun kena. Mereka cuma tidak bernasib baik sahaja. Mungkin esok lusa kita pula yang kena. Tiada siapa tahu.

Jika ada kenalan kita, saudara kita, ahli keluarga kita positif COVID-19, dan kita ada kontak rapat dengan mereka, tolong jujur. Jangan lari, buatlah swab test. Dan tolong jangan salahkan mereka. Tiada siapa mahu terkena penyakit ini. Tiada siapa.

Lebih teruk apabila mereka tidak mahu melakukan ujian ini bagi memastikan bebas daripada wabak ini. Individu ini luah rasa kecewa dan terkilan dengan ‘contact’ rapatnya yang tidak bertanggungjawab memutuskan rangkaian Covid-19.

Sumber : Mohd Fadli Salleh

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×