berita

Dipaksa Bersalin Normal, Kepala Bayi Terputus Saat Dilahirkan

October 22nd, 2020 | by Najmi Suhaimi
Kini Trending

Malang nasib seorang bayi yang baru sahaja dilahirkan di Hospital Santa Casa de Misericordia, Brazil, apabila kepalanya terputus daripada badan ketika proses kelahirannya.

Dipaksa doktor

Gambar sekadar hiasan

Menurut laporan The Sun UK, kejadian tersebut berlaku apabila beberapa doktor di hospital itu memaksa ibu muda yang berusia 26 tahun itu, untuk meneran keluar bayi yang berada dalam kandungannya. Pada asalnya, wanita tersebut dijadualkan untuk bersalin secara pembedahan.

Wanita tersebut yang hamil lapan bulan tiba di hospital tersebut pada pukul enam pagi, dari sebuah hospital lain di Bandar Qurem, bagi menjalani pembedahan Caeseran secara elektif. Pada mulanya, dia dilaporkan terpaksa menunggu selama tiga jam sebelum dibawa ke dewan bersalin untuk melahirkan bayinya secara semula jadi.

Pihak hospital Qurem memberitahu bawah anaknya hanya boleh dilahirkan secara pembedahan atas faktor masalah kesihatan bayi dalam kandungan.

Tarik kepala bayi

Gambar sekadar hiasan

Menurut suami mangsa, setibanya mereka di hospital, pihak doktor menyuruh isterinya bersalin secara normal. Ketika proses tersebut, doktor itu bertindak menarik kepala anaknya dengan kuat sehingga menyebabkan kepala anaknya putus dari badannya. Panik dengan kejadian tersebut, doktor terus bertindak membius mangsa dan melakukan pembedahan bagi mengeluarkan sisa badan anaknya yang tertinggal dalam rahim.

Pihak hospital telah memaklumkan tentang kematian anak itu kepada ibunya, namun tidak memberitahu bagaimana bayi itu meninggal dunia. Menurut salah seorang anggota perubatan, bayi yang berada dalam kandungan wanita itu sudah meninggal dunia terlebih dahulu sebelum dia diarahkan bersalin secara normal.

Kini, pihak polis sedang menyiasat akan insiden ini bagi tindakan lanjut.

Sumber: The Sun UK

The following two tabs change content below.

Najmi Suhaimi

Content Champion at Rev Media Group
Have courage and be kind.

SKIP THIS AD ×