berita

Dipaksa & Diancam Bunuh Suami, Pembantu Rumah Tergamak Guna Botol Cabul Bayi 8 Bulan

August 14th, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Di Indonesia, seorang pembantu rumah ditahan kerana disyaki mencabul bayi berumur lapan bulan. Suspek yang berumur 19 tahun itu dipercayai mengambil dadah jenis syabu sebelum melakukan perkara terkutuk itu.

Dipercayai mahu puaskan nafsu suami

Sekadar gambar hiasan

Lebih kejam lagi, suspek melakukan perkara tersebut dipercayai kerana mahu memuaskan nafsu suami. Suspek dilaporkan mencabul menggunakan botol minyak wangi sambil membuat panggilan video dengan suaminya.

Memetik laporan Tribun News, Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Kota Pariaman, AKP Ardiansyah Rolindo berkata suspek mengaku mengambil dadah di bilik mandi.

Dia mengaku memakai sabu sebelum melakukan aksi bejatnya. Satu hari sebelumnya dia pakai di kamar mandi.

Ada kemungkinan, namun kita belum bisa memastikan apakah terpengaruh sabu dia lakukan pencabulan atau tidak. Yang jelas dia residivis kasus narkoba.

Tambahnya lagi, suspek sebelum ini mempunyai kes berhubung dadah dan pihaknya sedang menyiasat kemungkinan aksi cabul dilakukan kerana pengaruh dadah.

Diancam bunuh suami

Sekadar gambar hiasan

Sebab ada kemungkinan keterlibatan suami tersangka yang ikut melakukan video call saat aksi pencabulan dilakukan.

Sedang melakukan siasatan lanjut berhubung kes, polis tidak menolak kemungkinan suami suspek turut terlibat.

Perbuatan suspek terbongkar selepas ibu mangsa pulang dari Pilubang, Kabupaten Sungai Limau, Padang Pariaman, Sumatera Barat. Ibu mangsa berasa curiga melihat gerak-geri pembantu rumahnya ketika mengasuh anak.

Dia kemudiannya mendesak pembantu rumah menceritakan apa yang terjadi. Dia seakan tidak percaya anak yang baru berusia lapan bulan menjadi mangsa cabul.

Pihak polis segera menahan suspek selepas menerima laporan daripada ibu mangsa. Selepas ditangkap, suspek mengakui melakukan perkara itu kerana dipaksa dan diancam bunuh oleh suaminya.

Sumber : Tribun News

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×