berita

Dipaksa Ikut Balik Rumah, Pemuda Lapor Diliwat Sebanyak 8 Kali Oleh Dua Lelaki Tak Dikenali

February 22nd, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar Gambar Hiasan

Malang tidak berbau, itulah ungkapan yang sesuai menggambarkan situasi yang berlaku kepada seorang pelayan restoran, apabila dia mendakwa telah diliwat secara bergilir-gilir sebanyak lapan kali.

Kejadian tidak bermoral itu, telah dilakukan oleh dua suspek di Kampung Sungai Kayu Ara, semalam.

Terserempak ketika berjoging

Sekadar Gambar Hiasan

Mangsa yang berusia 20 tahun, ketika kejadian terserempak dengan suspek ketika dia sedang berjoging di kawasan rumahnya. Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 7 malam.

Mangsa mendakwa dua suspek itu sedang minum minuman keras dan memanggil mangsa serta bertanya soalan. Tiba-tiba suspek menarik tangan mangsa dan mengarahkannya membonceng motosikal salah seorang daripada mereka dan dibawa ke rumah didiami mereka di Kampung Sungai Kayu Ara.

Jelas Nik lagi, mangsa kemudiannya mendakwa telah diliwat secara bergilir-gilir oleh kedua-dua suspek sebanyak lapan kali. Tidak berakhir di situ, mangsa juga dipaksa untuk melakukan seks oral sebelum dihantar pulang.

Susulan kejadian itu, mangsa membuat laporan polis dan sepasukan anggota melakukan risikan serta menyerbu rumah suspek pada 11 malam semalam. Dua lelaki tempatan berusia 31 dan 36 tahun ditahan kerana disyaki terbabit kes itu.

Ada rekod lampau

Sekadar Gambar Hiasan

Difahamkan, kedua-dua supek bekerja sebagai pemandu lori dan kelindan lori mempunyai dua rekod lampau berkaitan kes jenayah.

Mangsa kini menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), manakala suspek direman tujuh hari mulai hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 377C, 377A dan 354 Kanun Keseksaan.

Kenyataan media

Sumber: Polis Diraja Malaysia (PDRM)

SKIP THIS AD ×