Sekadar gambar hiasan
Seorang kanak-kanak berusia 11 tahun dilaporkan meninggal dunia selepas dipaksa oleh rakan-rakannya supaya melakukan hubungan seks luar tabii dengan seekor kucing. Lebih mengejutkan aksi tersebut dirakam oleh mereka sebelum ianya tersebar di media sosial.
Dipaksa setubuhi kucing
Foto: Detik.com
Memetik laporan CNN Indonesia, kanak-kanak yang menjadi mangsa buli itu mengalami kemurungan melampau sehingga tidak mempunyai selera untuk makan dan minum susulan video aksi itu tersebar. Bercerita mengenai pengalaman hitam yang menimpa mangsa, ibu bapa mangsa mendakwa keadaan kesihatan anak lelakinya itu kurang baik sehingga pada satu tahap dia mengalami kemurungan dan kerap mengelamun.
Mangsa juga ada mengadu sakit tekak sehingga sukar untuk makan dan minum serta keadaan menjadi lebih teruk selepas kanak-kanak itu mengalami sawan.
Dia kata pada kami bahawa tekaknya sakit, bila minum air ia dimuntahkan semula. Kami bawa dia ke hospital tetapi akhirnya dia disahkan meninggal dunia.
Menurut Ti (ibu mangsa), sebelum ini dia pernah bertanya kepada anak lelakinya itu mengenai video viral dan mengapa dia berbuat aksi demikian (setubuhi kucing), namun mangsa menjawab dia dipaksa dan dipukul oleh rakan sebayanya. Wanita ini mengakui sangat sebak dan terkilan selepas melihat video tersebut.
Anak saya mendakwa sering dipukul oleh rakan-rakannya. Tapi mungkin itu gurauan. Anak saya selalu bermain jauh-jauh, saya ada empat orang anak, jadi susah untuk mengawasinya.
Susulan daripada itu, Ketua KPAI Tasikmalaya Ato Rinanto di Indonesia mengatakan pihaknya kini sedang menghulurkan bantuan psikologi dan pemulihan kepada keluarga mangsa.
Sumber: CNN Indonesia, Detik.com