berita

Dipaksa Seks Luar Tabii & Kemaluan Ditusuk Kayu, Ini Kronologi Kes Rogol Ibu Anak 7 10 Tahun Lalu

September 9th, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Tiga orang lelaki dijatuhkan hukuman penjara 28 tahun dan sebatan kerana didapati bersalah merogol seorang wanita. Kes yang berlaku pada 11 Februari 2010 ini disifatkan sebagai salah satu kes jenayah kejam kerana mangsa bukan sahaja diperkosa malah ditusuk kemaluannya dengan sebatang kayu.

Dilarikan sekumpulan lelaki

Sekadar gambar hiasan

Ketika kejadian, mangsa yang mempunyai tujuh orang anak dilarikan sekumpulan lelaki ketika dalam perjalanan menuju ke kilang tempatnya bekerja.

Semasa perbicaraan kes berlangsung, mahkamah diberitahu mangsa ternampak seorang lelaki berdiri di sebelah kereta yang bonetnya terbuka seperti sedang membaikinya. Lelaki tersebut kemudiannya berlari ke arah mangsa lalu mengheretnya masuk ke dalam kereta. Di dalam kereta tersebut terdapat tiga orang lelaki.

Mangsa memberitahu, kesemua lelaki terbabit mengoyak pakaiannya dan memaksa mangsa melakukan seks luar tabii. Beg tangannya juga dirampas dan dia dipaksa mengeluarkan sejumlah wang di sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM).

Tanpa sebarang rasa belas kasihan, mangsa kemudiannya dibawa ke dalam semak berdekatan Jalan Kebun Nenas 2H/KS7, Bandar Putera Klang. Mangsa sekali lagi dipaksa melakukan seks luar tabii. Paling menyayat hati apabila kemaluan mangsa ditusuk dengan kayu sebelum dia ditinggalkan sendirian di situ.

Pada 30 Mei 2013, Hakim Ahmad Fairuz Mohd. Puzi menjatuhkan ketiga-tiga tertuduh iaitu Y.K. Gajehindran, J.T. Malvin Isaac dan P. Aravinthiran hukuman penjara 28 tahun beserta sebatan antara 14 dan 20 kali.

Menurut hakim, kesemua tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan dan pembelaan yang dibuat mereka bersifat penafian semata-mata.

Tambah beliau lagi, tertuduh keempat telah mengaku bersalah bagi tuduhan melakukan seks luar tabii dan kemudiannya dijadikan saksi pendakwaan.

Apa dosa saya kepada mereka?

Sekadar gambar hiasan

Mahkamah mendapati keterangan daripada tertuduh adalah selari dengan keterangan mangsa dan mahkamah tiada alasan untuk tidak mempercayai keterangan yang dibuatnya.

Oleh itu, bagi tuduhan merogol mangsa yang berusia 38 tahun itu, ketiga-tiga mereka dipenjara 28 tahun dan sebatan lima kali setiap seorang.

Gajehindran dan Aravinthiran yang didakwa memaksa mangsa melakukan seks luar tabii dipenjara 18 tahun dan sebatan 14 kali manakala Malvin dipenjara 10 tahun dan sebatan dua kali bagi tuduhan cuba melakukan perbuatan sama.

Bagi kesalahan memasukkan batang kayu ke dalam kemaluan sehingga mangsa menerima 10 jahitan, Malvin dihukum penjara 20 tahun dan 10 kali sebatan.

Selain itu, kesemua tertuduh dipenjara 15 tahun serta lima kali sebatan kerana didapati bersalah mendatangkan kecederaan parah terhadap mangsa menggunakan ranting kayu.

Bagi kesalahan menculik dan melarikan wanita itu di ibu pejabat Tenaga Nasional Bhd. (TNB), kesemua tertuduh dihukum penjara tujuh tahun.

Secara keseluruhan, mereka dipenjara 28 tahun sementara bagi hukuman sebatan Gajehindran dan Aravinthiran masing-masing disebat 14 kali manakala Malvin 20 kali. Kesemua hukuman penjara itu dijalankan serentak.

Ketika hadir ke mahkamah bagi membacakan kenyataan impak kesalahan terhadap mangsa (VIS), mangsa menangis dan mengakui trauma dengan apa yang terjadi.

Saya malu untuk keluar dari rumah, bibir saya terkoyak kerana dibelasah, saya terpaksa minum menggunakan straw selama dua minggu dan mengalami kesukaran untuk makan.

Apa  dosa saya pada mereka sehingga mereka sanggup memperlakukan saya seperti binatang?

Malah, akibat daripada perbuatan kejam itu juga mangsa mengalami masalah untuk melakukan hubungan intim dengan suaminya.

Sumber : Utusan Malaysia , The Star

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×