berita

Dipercayai Angkara Khianat, Najis Sengaja Diletakkan Di Dalam Surau, Al-Quran Dikoyak

September 1st, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Surau Taman Setia Bakti

Tidak dapat difikirkan apa yang terlintas di fikiran seorang individu yang sanggup melakukan perbuatan khianat di sebuah Surau Taman Seri Bakti, Bandar Al-Muktafi Billah Shah (AMBS), Terengganu.

Dipercayai angkara khianat

 

Foto: Surau Taman Setia Bakti

Menerusi status yang dimuat naik pihak admin Surau Taman Setia Bakti, meluahkan rasa sedih dengan perbuatan individu yang tidak bertanggungjawab yang seolah-olah merendahkan tempat umat Islam beribadat. Individu tersebut dipercayai bertindak kejam dengan membuang najis pada tempat Imam bersujud dan turut mengoyak Al-Quran sebelum bertindak membuangnya di luar kawasan surau.

Sedih berasa harini. Surau kita kena khianat buang najis dekat tempat tok Imam. Al-Quran dikoyak dan dibuang Akhir zaman ya Allah.

Terbaru, tulis Surau Taman Setia Bakti pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat akan kejadian tersebut.

Terima kasih Polis Diraja Malaysia(PDRM) cepat dan pantas bertindak. InsyaAllah tak lama isu akan diselesaikan. Permudahkan kami ya Allah menjaga kesucian rumahMu. Ampunkan kami atas kekurangan kami dalam menjaga rumahMu ya Allah.

Respon netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa kecewa dan sedih dengan apa yang telah terjadi. Namun begitu, ada juga yang mendakwa ianya mungkin dilakukan oleh individu yang mempunyai masalah mental. Sehingga kini, tiada info lanjut berhubung apa yang telah terjadi.

Sumber: Surau Taman Setia Bakti

SKIP THIS AD ×