Di Gurun, Kedah, seorang lelaki tergamak mengelar leher ibunya di rumah mereka di Kampung Batu 5, hari ini, sebelum digilis lori.
Ditemui terlentang di ruang tamu
Sekadar gambar hiasan
Menerusi laporan Harian Metro, kejadian tersebut dipercayai berlaku kira-kira pukul 7 pagi tadi. Mayat wanita warga emas yang dikenali sebagai Sarah Jon itu ditemui terlentang di ruang tamu rumah dengan kesan kelar di leher dan cedera di telinga serta tangan.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah, pihaknya menerima maklumat berkaitan kejadian tersebut pada pukul 7.30 pagi daripada orang awam yang menemui mayat terbabit.
Hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan kelar sedalam lima inci (12.7 sentimeter) dan juga terdapat beberapa peralatan menghisap dadah dipercayai milik anak lelaki mangsa. Siasatan lanjut mendapati tiada sebarang kesan pecah dan pada masa sama kita menerima maklumat berkaitan seorang lelaki maut digilis lori kira-kira satu kilometer daripada rumah wanita warga emas berkenaan.
Tambah Adzli, pemeriksaan mendapati lelaki berusia 31 tahun yang maut digilis lori adalah anak wanita warga emas berkenaan. Mengulas lebih lanjut, pihaknya mendapati dua beranak terbabit hanya tinggal berdua di rumah berkenaan dan sebelum kejadian mereka dikatakan kerap bertengkar kerana lelaki terbabit meminta wang ibunya untuk membeli dadah.
Kali terkahir bertengkar semalam
Sekadar gambar hiasan
Kali terakhir pertengkaran dikatakan berlaku malam tadi dan didengari jiran serta saudara yang tinggal berhampiran. Suspek dikatakan mengalami masalah ketagihan dan meminta wang daripada ibunya untuk membeli dadah.
Hasil siasatan juga mendapati suspek bekerja sebagai penoreh getah dan masih bujang. Pada masa yang sama, suspek mempunyai enam rekod lampau bersabit kes dadah dan dia juga adalah pesakit mental.
Berdasarkan sisa syabu yang masih ada bersama peralatan menghisap dadah, kita tidak menolak kemungkinan dia menghisap dadah di rumah berkenaan dan diketahui ibunya. Mayat dua beranak itu kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Sungai Petani untuk bedah siasat dan setakat ini, kes dianggap selesai.
Sumber: Harian Metro