berita

Dipercayai Tak Tahan Dengar Nenek ‘Bebel’ Suruh Mandi, Warga Emas Terkejut Cucu 11 Tahun Maut Dalam Bilik Tidur

June 30th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Taiping, Perak, seorang nenek terkejut apabila cucu perempuannya tidak sedarkan diri di dalam bilik tidur rumah mereka.

Dipercayai marah sebab nenek berleter

Sekadar gambar hiasan

Menurut Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat, budak perempuan yang berusia 11 tahun itu ditemui meninggal dunia kira-kira pukul 7.52 malam, semalam. Tambah Osman, warga emas yang berusia 63 tahun itu telah meminta pertolongan daripada jiran sebaik sahaja melihat kejadian tersebut. Susulan daripada itu juga, mereka telah menghubungi talian kecemasan serta membawa mangsa ke Hospital Taiping.

Bedah siasat dilakukan dan punca kematian disebabkan leher mangsa patah. Ujian saringan Covid-19 ke atas mangsa mendapati negatif wabak. Siasatan lanjut masih lagi dilakukan.

Ujar Osman lagi, mangsa menetap dengan neneknya selepas kedua ibu bapa mangsa bercerai. Sebelum kejadian, mangsa dipercayai sedang marah apabila neneknya berleter menyuruhnya mandi. Menurut warga emas tersebut pula, cucunya seorang yang hiperaktif dan suka mencuba sesuatu.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×