Usahawan kosmetik terkenal, Nur Sajat dilaporkan telah ditahan oleh pihak imigresen Thailand pada 8 September lalu bersama seorang lelaki yang berperwatakan seperti wanita warga Thailand di sebuah kondominium mewah di Bangkok.
Artikel berkaitan: Isu Sajat Loloskan Diri Ke Thailand Naik Kereta Api, Ini Respon KTM Berhad
Artikel berkaitan : Sangat Licik! Nur Sajat Guna Nama ‘Bella’ & Pembantu Di Malaysia Untuk Keliru Pihak Berkuasa
Artikel berkaitan : Guna Taktik Pakai Purdah, Bayar Sehingga RM20k Untuk ‘Loloskan’ Diri, Sajat Akhirnya Ditahan Di Bangkok
Artikel berkaitan : Sajat Diburu Polis Lagi, Kali Ini Kes Tukar Maklumat Kad Pengenalan Pula!
Susulan daripada penahanan Sajat, pihak berkuasa di Malaysia sedang melakukan siasatan terhadap seorang lelaki yang dikenali sebagai Wan Besi. Lelaki tersebut didakwa sebagai pengkhianat negara kerana bertanggungjawab menyusun penyeludupan keluar Sajat dari Padang Besar, Perlis hingga ke Bangkok, Thailand.
Dipercayai ada dua kerakyatan
Menerusi laporan Harian Metro, pihak berkuasa mendapati Wan Besi adalah dalang atau watak utama pembolosan Nur Sajat dari Malaysia ke Thailand. Memperincikan maklumat terkini hasil daripada siasatan tersebut, Wan Besi dipercayai membawa Nur Sajat menaiki sebuah kenderaan dan memulakan perjalanan mereka dari banglo usahawan tersebut di Petaling Jaya pada awal bulan Mac yang lalu.
Sebaik tiba di Padang Besar, Wan Besi dengan bantuan konconya menyeludup Nur Sajat ke dalam gerabak kereta api sebelum melepasi sempadan negara. Wan Besi ini kita percaya mempunyai dua kerakyatan dan dialah yang membawa Nur Sajat ke kondominium mewah di Bangkok.
Disoal mengenai kos perbelanjaan sebenar untuk membawa Nur Sajat keluar dari Malaysia, sumber tersebut memaklumkan RM20,000 dikenakan oleh Wan Besi terhadap usahawan kosmetik itu untuk membawanya keluar dari Padang Besar, Perlis hinggalah ke Bangkok. Di samping itu, kumpulan yang membawa Sajat dipercayai mengenakan bayaran tambahan yang lain semasa kegiatan tersebut dilakukan.
Wang ini dibahagikan Wan Besi dengan pihak tertentu di kawasan Padang Besar yang bersubahat dengannya.
Aktif dalam kegiatan penyeludupan
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Harian Metro juga, Wan Besi sememangnya aktif dalam kegiatan penyeludupan di sempadan Malaysia-Thailand terutama di Padang Besar, Perlis dan menjadikan laluan utama penyeludupan keluarnya adalah di kawasan KTMB.
Laluan pagar KTMB juga sering menjadi laluan utama rakyat Thailand membolosi sempadan negara. Selain itu, kita juga percaya ada aktivis tertentu yang membantu menasihati Nur Sajat untuk memohon kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dan berpindah ke Australia. Aktivis ini memberi nasihat berkaitan human right dan prosedur berhijrah ke Australia dengan alasan Nur Sajat menerima banyak ugutan bunuh dan lain-lain ugutan di Malaysia.
Terdahulu, Wan Besi pernah ditahan tiga kali oleh polis membabitkan kes penyeludupan ketum dan terbaharu kes tembakan di sempadan yang menyebabkan kematian anggota Pasukan Gerakan Am.
Sumber: Harian Metro