Umum tahu usahawan kosmetik terkenal, Nur Sajat dilaporkan telah ditahan oleh pihak imigresen Thailand pada 8 September lalu bersama seorang lelaki yang berperwatakan seperti wanita warga Thailand di sebuah kondominium mewah di Bangkok.
Artikel Berkaitan: Guna Taktik Pakai Purdah, Bayar Sehingga RM20k Untuk ‘Loloskan’ Diri, Sajat Akhirnya Ditahan Di Bangkok
Nama glamour Bella
Selepas berjaya melarikan diri ke Bangkok, Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, 36, difahamkan menggunakan nama popular terbaharu iaitu, Bella.
Nama glamor itu terkenal dalam kalangan rakannya yang juga dilaporkan berperwatakan seperti Nur Sajat.
Sumber memaklumkan Skuad Khas Harian Metro bahawa hasil risikan dilakukan pihaknya, Nur Sajat kini ‘berlagak’ dengan kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) yang dikeluarkan ibu pejabat badan itu di Bangkok.
Dia naik ‘tocang’ juga sebab dibantu negara tertentu dan pihak UNHCR di Thailand. Biarpun dalam proses pemantauan pihak imigresen negara itu yang mana dia perlu melaporkan diri setiap 14 hari, tetapi Nur Sajat dilaporkan aktif beraktiviti di negara itu selepas dibebaskan dari tahanan.
Kebanyakan aktiviti dilakukannya di dalam kondominium mewah itu. Sesekali kita dapat laporan Nur Sajat keluar bersama rakan-rakan yang membantu dan melindunginya.
Guna pembantu untuk kelirukan
Dalam perkembangan berkaitan, Nur Sajat sebelum ini menggunakan pembantunya di Malaysia untuk mengelirukan pihak berkuasa yang memburunya selepas gagal hadir ke mahkamah di Shah Alam, Selangor.
Dia gunakan pembantu untuk muat naik statusnya di Instagram konon ada di Danga Bay, Johor pada 28 Ogos lalu.
Dia sangat licik, perkongsiannya itu kemudian dipetik portal media. Kita percaya itu hanya tindakannya untuk mencabar pihak berkuasa negara ini kerana kita sudah dapat maklumat dia lolos ke Thailand pada awal Mac lalu.
Difahamkan Sajat dan lelaki berkenaan berjaya melepasi Sekatan Jalan Raya (SJR) ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Sumber: Skuad Khas Harian Metro