Kredit foto: Harian Metro
Kehilangan seorang budak lelaki berusia lima tahun, di rumahnya akhirnya terjawab apabila dia dipercayai terjatuh dari tingkat 16 di sebuah kondominium di Batu Caves, Gombak, semalam.
Artikel berkaitan: Bapa Keluar Beli Barang, Kanak-Kanak Berusia 4 Tahun Maut Terjatuh Tingkat 29
Tiada di biliknya
Kredit foto: Al Hijrah
Lapor Harian Metro, kanak-kanak tersebut telah ditinggalkan bersama ibu saudaranya, Fauziah Hanum Cik Ros, pada pukul 10.30 pagi. Bagaimanapun, wanita ini tersedar akan kehilangan mangsa susulan ketiadaan mangsa di dalam bilik.
Semasa kejadian, saya sedang mandi dan dia (anak saudara) baru sahaja bangun tidur kerana dia tidur lewat semalam, namun sebaik siap mandi, saya tidak nampak kelibat dia (anak saudara).
Saya terus telefon Bella (ibu kanak-kanak itu) yang berada di luar semasa kejadian.
Mengulas lebih lanjut, Bella bertindak menghubungi dan menjelaskan anaknya berada di tingat dua kondominium berkenaan selepas dimaklumkan oleh orang ramai. Mangsa disifatkan sebagai kanak-kanak yang aktif dan mempunyai seorang adik lelaki berusia empat tahun.
Ujar teman lelaki Bella yang berusia 20-an, mereka sepatutnya melangsungkan pernikahan pada Jumaat ini. Dia pada masa yang sama, menjelaskan hanya mengetahui insiden yang menimpa bakal anak tirinya selepas menerima panggilan telefon daripada Bella yang memaklumkan akan kehilangan anak lelakinya.
Sumber: Harian Metro