Pelakon, Ruhainies sekali lagi mencuri tumpuan ramai susulan perkongsiannya di Instagram Story (IG Story) yang seakan ditujukan kepada seseorang.
Ruhainies cari produk kurangkan rambut kejung?
Menerusi sesi Ask Me Question itu, Ruhainies atau nama lengkapnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 31, meminta wargamaya untuk mencadangkan kepadanya produk terbaik yang mampu mengurangkan masalah rambut kejung dan gugur.
Hi, anyone can suggest hair products yang bagus yntuk repair rambut ‘kejung’ or rambut gugur tak? Serious buyer. Tag their IG or name brand here.
Susulan daripada pertanyaan itu, wargamaya mula mencadangkan beberapa jenama produk penjagaan rambut dan kelihatan aktres itu sempat berbalas mesej tersebut selain turut menggunakan ‘kod rahsia’ iaitu singkatan perkataan yang dipercayai digunakan Ruhainies sewaktu berbalas mesej dengan Aliff Aziz.
Namun tidak lama selepas itu, kekasih gelap Aliff iaitu Sarah Yasmine telah berkongsi satu hantaran di IG Storynya seakan membidas kembali posting yang dibuat Ruhainies.
Rambut kejung boleh buat treatment terus dah ok. Lepas tu, perbuatan awak tu boleh reset rewind semua tak? Tambah tak tahu malu saja saya nampak.
Tabarakallah saya tak ada eyebag muka saya bersih bila tak pakai make up, muka saya sihat sihat aja dan alhamdulillah aja saya tak pernah ada bapak gula, duit semua duit hasil dari kerja keras tersendiri dan saya tak pernah meminta duit dari boyfriend.
Sumber: IG Ruhainies, IG Sarah Yasmine