berita

Diperli Terkena ‘Sumpahan’, Wanita Kongsi Pengalaman Wajah Bengkak & Berkedut Seperti Orang Tua Ketika Hamil

October 25th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Biarpun kehamilan merupakan idaman setiap wanita, namun mereka harus bersedia dalam menghadapi pelbagai kemungkinan semasa hamil seperti alahan dan sebagainya.

Artikel Berkaitan: Wajah Bengkak, Berkedut Seperti Wanita Tua Ketika Hamil

Seperti seorang wanita yang dikenali dengan nama Nur Ain berkongsi pengalaman di mana wajahnya berubah menjadi tua dan berkedut semasa hamil.

Wajah masa hamil 9 bulan

Menerusi perkongsian yang dimuat naik Nur Ain di Facebook, dia memberitahu wajahnya menjadi bengkak dan berkedut semasa dia mengandungkan anak keduanya. Namun, keadaan wajahnya kini beransur pulih selepas empat bulan bersalin. Jelasnya lagi, sepanjang tempoh tersebut, dia kerap berjumpa pakar kulit untuk mengetahui perkembangan wajahnya.

Bercerita dengan lebih lanjut, Nur Ain mengakui perubahan wajahnya seperti orang tua itu sedikit sebanyak membuatkan dirinya malu untuk berdepan dengan orang ramai lebih-lebih lagi apabila ada individu yang mengajaknya bergambar.

8 tahun jarak nak dapat nombor 2 ni, sekali pregnant ambik kau muka,tapi tak semua orang dapat pengalaman macam ni.
Paling best dekat mana-mana rasa orang care sangat pasal aku sebab kasihan.

Wajah beransur pulih

Walau bagaimanapun, Nur Ain tidak menafikan ada segelintir individu yang tergamak melemparkan ayat tidak enak mengenai wajahnya itu. Paling mengejutkan ada di antara mereka mendakwa wajah Nur Ain seperti terkena sumpahan sehingga ada yang fobia tidak mahu mengandung kerana bimbang berdepan dengan situasi yang sama.

Semoga kulit aku kembali kepangkal jalan. Terima kasih Zakie Ramly (suami) tak jemu puji isteri dia cantik, sikit pun tak pernah nak cakap yang bukan-bukan, selalu bagi semangat.

Menjengah di ruangan komen, kebanyakan netizen terutamanya golongan wanita tidak henti-henti memberi kata semangat selain mendoakan agar Nur Ain diberi kesembuhan.

Respon netizen

Sumber: Nur Ain

SKIP THIS AD ×