berita

Dipisahkan Saat Dilahirkan, Banduan Sebak Hanya Dibenarkan ‘Melawat’ Anak Sudah Meninggal Dunia

October 15th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Kasih ibu membawa ke syurga dan tiada nilai gantinya. Ini kisah yang menyedihkan berlaku di Filipina, apabila seorang banduan wanita yang dipisahkan dengan anaknya yang berusia tiga bulan.

Lagi menyedihkan, dia hanya sempat ‘melawat’ anaknya ketika upacara pengkebumian dibuat.

Terpisah dengan anak

Foto: Maria Sol Taule

Wanita yang dikenali sebagai Reina Mae Nasino, 23 tahun, sebelum ini tidak tahu bahawa dia sedang hamil ketika ditangkap pada tahun lepas di Manila. Perkara ini hanya diketahui selepas kandungannya memasuki minggu yang ketiga setelah pemeriksaan kesihatan dilakukan. Reina sempat melahirkan anaknya dalam penjara sebelum dipisahkan oleh pihak berkuasa. Mereka berdua berpisah sejurus anaknya berusia dua bulan.

Pada 13 Ogos, Reina dan anaknya River, dipisahkan akibat penularan Covid-19 yang menghalang semua tahanan daripada menjaga anak masing-masing. Ketika itu, Reina meminta supaya bayinya ditinggalkan pada satu tempoh yang lebih panjang namun dihalang oleh pihak penjara. River kemudiannya, dijaga oleh neneknya sebelum dia jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital.

Walaupun, anaknya dimasukkan ke hospital, Reina masih tidak mendapat kebenaran untuk melawat River sebelum River meninggal dunia akibat radang paru-paru. Kematian anaknya telah mengejutkan ramai orang di Filipina dan rata-rata simpati akan nasib yang menimpanya.

Perkara ini secara tidak langsung membangkitkan kemarahan Reina terhadap sistem pengadilan Filipina yang tidak membenarkan hak penjagaannya dan kebenaran untuk melawat anaknya yang sedang sakit.

Ditangkap November 2019

Gambar sekadar hiasan

Reina sebelum ini telah ditangkap pada November 2019 bersama dua rakannya kerana didakwa memiliki senjata api dan bahan letupan secara haram. Namun, dia sekeras-kerasnya menafikan dakwaan tersebut. Walaupun bergelar banduan, tetapi perkara itu tidak mematahkan semangatnya untuk membesarkan anaknya.

Reina juga sebelum ini pernah memohon supaya pihak mahkamah mengizinkan supaya dia dan anaknya dapat duduk bersama, namun permohonannya ditolak ketika itu. Di bawah udang-undang Filipina, anak yang dilahirkan dalam tahanan boleh tinggal bersama ibu untuk bulan yang pertama sahaja.

Pihak mahkamah ketika itu hanya memberi Reina selama tiga hari untuk menghadiri upacara pemakaman anaknya. Tetapi, pegawai penjara bertindak untuk campur tangan untuk mengurangkan tempoh tersebut, dan hanya membenarkan Reina meninggalkan penjara selama tiga jam sahaja pada hari Rabu dan Jumaat ketika upacara pengkebumian dibuat.

Sumber:BBC News

SKIP THIS AD ×