berita

Dipuji Sering Hadiri Acara Rakyat, Kenali Cik Puan Sofie Louise Johansson, Isteri Tengku Mahkota Kelantan

September 16th, 2020 | by Amirul Asraf
Lensa Insta

Umum mengetahui, Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Dr Muhammad Faiz Petra Ibni Sultan Ismail Petra telah menamatkan zaman bujangnya dengan pilihan hati Cik Puan Sofie Louise Johansson.

Pasangan diraja itu telah berkahwin pada April tahun lalu dan Cik Puan Sofie merupakan seorang warganegara Sweden. Di samping itu, Cik Puan Sofie merupakan kenalan rapat kepada Tengku Mahkota Kelantan semasa zaman belajar. Kami dari OHBULAN! ingin berkongsi beberapa foto dan sedikit info mengenai Cik Puan Sofie buat korang semua.

Permaisuri Tengku Mahkota Kelantan

Cik Puan Sofie Louise Johannson dilahirkan pada 6 Jun 1986 dan beliau kini berusia 34 tahun. Beliau merupakan seorang graduan yang mempunyai kelulusan dalam bidang pendidikan Bahasa Inggeris dan Sosiologi. Sikapnya yang baik hati dan kelakar telah membuatkan ramai kenalan senang berdamping dengannya.

Di samping itu, Cik Puan Sofie seorang yang aktif menyertai pelbagai aktiviti kemasyarakatan sejak di bangku sekolah. Antara aktiviti kemasyarakatan yang disertai oleh beliau ialah Buy & Eat For Charity, menziarahi kanak-kanak dan warga emas yang terlantar sakit di hospital, membantu golongan yang kurang berkemampuan, memberi sokongan buat para peniaga di Kelantan dan banyak lagi. Terbaru, Cik Puan Sofie turut melawat bayi kembar yang kehilangan ibu sewaktu bersalin.

Cantiknya!

Turun padang bersama rakyat

Selepas berkahwin dengan Tunku Mahkota Kelantan, beliau sering dilihat di majlis-majlis rasmi. Penampilan Cik Puan Sofie yang sangat cantik dan santun itu juga sering menjadi tumpuan rakyat apabila dia tampil di khalayak ramai. Kebijaksanaannya dalam menyesuaikan diri dengan masyarakat turut membuatkan masyarakat selesa untuk bersapa dengannya.

Sumber: Cik Puan Sofie

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Content Champion at Rev Asia Berhad
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

×