Seperti yang kita tahu, guru memainkan peranan penting sebagai pendidik dan pembimbing. Selain guru, kakitangan yang lain di sekolah turut berperanan sebagai pengganti ibu bapa dan sebagai model yang baik kepada kanak-kanak terutamanya di peringkat prasekolah.
Terbaru, seorang guru ada berkongsi tentang detik cemas yang dilaluinya ketika dia diserang oleh pembantu tabika ditempatnya bekerja. Apa yang lebih mengejutkan apabila dia turut diserang oleh ahli keluarga pembantu tersebut.
Mula rasa ragu dan pelik
Kejadian berlaku pada 21 Oktober 2019, lebih kurang pada jam 8.00 pagi, seperti biasa saya turun bekerja ke tabika. Setibanya saya di tabika tersebut saya dapati anak murid saya hanya seramai 4 orang sahaja dan yang lain belum sampai.
Kebiasaanya semua anak murid telah sampai pada ketika ini dan seperti biasa juga pembantu saya akan berada di tabika kemas semasa waktu bekerja.
Kemudian pembantu saya itu membawa anak murid keluar dari bangunan tabika kemas tersebut. Pada ketika itu, saya mula merasa ragu dan pelik dengan tindakan pembantu saya. Saya pun bertanya kepada pembantu saya, ‘kemana makcik nak bawa murid saya tu, saya nak mengajar ni’.
Pukul guna objek keras
Kemudian pembantu membalas, ‘nah sekarang saya sudah datang ni, apa yang kau mahu buat pada saya’. Saya pun berkata ‘sudah lah makcik saya tak mahu bergaduh, tiba-tiba pembantu saya mengambil botol air saya dan membalingnya ke arah badan saya, saya terkejut dan panik dengan tindakan pembantu, saya pun menjerit!
Selepas itu keluar lah dari arah dapur beberapa orang yang juga saya kenali yang terdiri daripada suaminya, anak perempuan dan dua orang adik lelakinya serta seorang lelaki yang tidak dikenali berada disitu.
Kemudian berlaku lah tragedi serangan yang kejam keatas diri saya dan dengan serta merta mereka terus memukul belakang badan saya menggunakan objek keras.
Cekik dan tumbuk beberapa kali
Salah seorang daripada mereka kemudian merampas telefon bimbit saya, kemudian saya ditolak dan terjatuh ke lantai.
Anak perempuannya mula bertindak ganas merampas gelang emas saya serta memukul, menampar, mencekik dan menumbuk saya berkali-kali sehingga saya mengalami pendarahan pada mata, hidung serta mulut.
Tak habis dengan itu, dua anak lelakinya bertindak kejam dan cuba melucutkan seluar dalam saya. Kemudian, saya menjerit meminta tolong namun tiada siapa yang dengar jeritan saya itu. Saya cuba sedaya upaya mempertahankan diri pada ketika itu dan hanya berserah pada Allah.
Cucuk mata guna bucu kotak
Pada masa yang sama pembantu saya turut bertindak kejam dengan mencucuk mata saya menggunakan bucu kotak yang keras. Mereka sempat mengugut saya, bahawa selepas ini suami saya pula akan mereka kerjakan dan mereka melarang saya untuk membuat laporan kepada pihak polis .
Saya merasakan keadaan menjadi gelap dan mula sedar setelah mereka menarik rambut dan mengarahkan mencium kaki pembantu saya sehingga lah seorang lelaki keluarga mereka yang berumur dalam lingkungan 60-an meleraikan keadaan tersebut.
Namun anak perempuannya masih tidak berpuas hati dan cuba bertindak kejam meletakkan cili ke mata saya dan sekali lagi lelaki itu dapat menghalangnya.
Sumber: Pejuang Bonok