berita

Dipukul Sampai Pengsan, Dua Gadis Dicabul Tiga Lelaki

December 29th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Tiga individu ditahan polis Indonesia selepas disyaki mencabul dua gadis di Desa Sebangar, Kecamaga. Bathin Solapan, Indonesia pada Khamis.

Artikel Berkaitan: Budak 12 Tahun Jadi Mangsa Pemuas Nafsu ‘Roomate’, Kena Liwat 30 Kali Dalam Asrama

Artikel Berkaitan: Ustaz Perkosa, Cabul 15 Murid Bawah Umur

Cabul dua gadis

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan media Indonesia, penahanan itu dilakukan susulan pihak berkuasa menerima laporan daripada keluarga mangsa. Difahamkan, pada awalnya, kedua-dua mangsa iaitu Bunga dan Melati menunggu rakan mereka di sebuah rumah kosong. Tiba-tiba mereka didatangi oleh tiga suspek yang pada awalnya hanya datang menegur dan berbual dengan mangsa.

Tidak lama selepas itu, salah seorang daripada suspek menawarkan untuk menghantar Bunga ke rumah kawannya tetapi lain pula yang jadinya apabila suspek membawa gadis malang itu ke tempat terpencil sebelum bertindak melakukan rancangan jahatnya.

Sementara itu, pelaku lain membawa Melati ke tempat yang berlainan dan memukul mangsa sehingga pengsan sebelum mencabulnya.

Melati akhirnya ditemukan oleh penduduk kampung. Susulan daripada itu, keluarga mangsa tampil membuat laporan di balai polis. Ketiga-tiga suspek yang terlibat dalam kes cabul itu telah ditahan polis untuk tindakan lanjut.

Sumber: Nada Riau

SKIP THIS AD ×