berita

Lelaki Ketagih Porno Serang Budak Di Pasar Malam – ‘Saya Dah Lama Tak Dapat Perempuan’

December 13th, 2023 | by Alia
Kini Trending

ketagih porno

Gambar sekadar hiasan

Ketagihan seks melampau telah menyebabkan seorang lelaki bertindak agresif terhadap keluarga dan orang awam.

Artikel Berkaitan: Polis Jumpa Kondom, 5 Individu Kantoi Buat Hubungan Seksual Di Masjid

Artikel Berkaitan: Tengkorak Gadis Pecah Dihentak Gara-Gara Tolak Lakukan Hubungan Seksual Bersama Pengarah

Pernah ugut ibu

Gambar sekadar hiasan

Menerusi perkongsian Dr Wanie Azeera di TikTok, lelaki tersebut telah dibawa ke jabatan kecemasan selepas bertindak di luar jangkaan dengan menyerang seorang kanak-kanak di tempat awam.

Waktu saya di jabatan kecemasan ada seorang lelaki ini, kakak dia yang bawa..dekat pasar malam dia pergi serang budak kecil, dia nak dekat budak tu. Orang terus kerumun dia dan halang dia.

Difahamkan lelaki berkenaan adalah seorang penganggur dan hanya menonton pornografi sepanjang hari di rumah selain turut melanggan pelacur.

Dia tak kerja pun, dia duduk rumah dia layan porno. Waktu mak dia hidup dia pergi melanggan juga tapi dia bebas daripada penyakit kelamin.

Dia sepanjang hari duduk dalam bilik melayan web-web porno sampai nampak orang dekat luar pun dia berimaginasi. Satu ketagihan yang tak boleh nak kawal sehingga jadi satu masalah. Dia pun biasa melayan wanita-wanita di Danok.

Lebih parah lagi, ketagihan tersebut telah membuatkan keinginannya membuak-buak sehingga tergamak mengungut ibunya untuk memberikan wang supaya dia dapat menempiaskan nafsunya.

Dia tanya saya, ‘nak tengok tak web yang saya selalu tengok? Saya dah lama tak dapat perempuan, kali terakhir saya dapat pun masa mak saya masih hidup lagi.’

Dia selalu minta duit dekat mak dia untuk pergi melanggan wanita dan mak dia bagi sebab dia ugut nak bunuh mak dia. Mak dia takut, jadi mak dia bagi.

Bagaimanapun, lelaki itu akhirnya telah pun mendapatkan rawatan di wad psikiatri akibat ketagihan melampau dan tindakannya itu.

Dia ada cerita dengan terperinci apa yang dia buat dan sangat menjijikkan. Satu hari itu banyak kali juga dia melayan diri dia.

Keadaan diri dia tak terurus dan dia masukkan ke wad psikiatri.

Dalam pada itu, Dr Wanie menegaskan bahawa hantarannya tersebut hanyalah satu perkongsian dan sama sekali bukan bertujuan untuk menghukum sesiapa malah orang ramai boleh mengambil iktibar daripada kisah berkenaan.

Sumber: TikTok Dr Wanie Azeera

SKIP THIS AD ×