berita

Budak 12 Tahun Jadi Mangsa Pemuas Nafsu ‘Roomate’, Kena Liwat 30 Kali Dalam Asrama

December 26th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Datuk Liwat

Gambar sekadar hiasan

Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun menjadi mangsa liwat kepada rakan sebiliknya yang didakwa telah melakukan perbuatan tidak senonoh itu sebanyak 30 kali.

Artikel Berkaitan: Cabul & Liwat Remaja Lelaki, Bekas Guru Sekolah Rendah Kekal Dipenjara 14 Tahun

Artikel Berkaitan:  Datuk Durjana Hisap Kemaluan & Paksa Budak Berkeperluan Khas Meliwat, Tarik Ke Semak Ketika Main Layang-Layang

Mangsa berdiam diri

liwat 30 kali

Gambar sekadar hiasan

Memetik laporan Harian Metro, mangsa mendakwa kejadian tersebut berlaku sejak Mei lalu di sebuah asrama lelaki saudara baharu di Melaka Tengah, Melaka.

Menurut Ketua Polis Melaka, Datuk Wira Zainol Samah berkata mangsa mengambil pendekatan untuk berdiam diri kira-kira lapan bulan berikutan risau akan keselamatan dirinya.

Mangsa mengatakan suspek mengejutkannya daripada tidur di bilik asrama lelaki sebelum meliwatnya tanpa kerelaan dan mengulangi perbuatan itu keesokannya pada 2 pagi.

Seterusnya mangsa menyatakan suspek membawanya ke tandas asrama pada 20 Mei kira-kira 9 malam dan menyuruhnya meliwat suspek, kanak-kanak itu terpaksa akur kerana takut.

Kejadian tidak terhenti di situ, apabila suspek meliwat mangsa dua hari kemudian di dalam tandas premis berkenaan.

Bagaimanapun, pada Sabtu lalu kanak-kanak malang itu memberanikan diri untuk membongkar perbuatan suspek lalu memberitahu bapanya ketika berada di kediaman mereka.

Berang dengan perbuatan melampau tersebut, bapa mangsa kemudian bertindak memukul suspek sebelum pihak polis menahannya.

Siasatan awal mendapati mangsa anak kedua daripada tiga beradik dan ibunya adalah pembantu guru mualaf di Melaka.

Mangsa tinggal di asrama lelaki (saudara baharu) itu sejak April lalu bagi memudahkannya pergi ke sekolah kerana ibunya seorang mualaf bekerja sambil belajar dan tinggal di asrama wanita.

Susulan itu, suspek yang merupakan seorang penganggur itu telah direman enam hari untuk siasatan lanjut. Kes kemudian disiasat mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×