Tanggal 19 Jun 2020, satu Majlis Penyampian Pangkat Posthumous Skim Ex-Gratia Bencana Kerja Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Faedah Terbitan telah dilangsungkan bagi menghargai jasa dan pengorbanan Allahyarham Koperal Safwan.
Lebih meruntun hati apabila melihat ibu bapa Allahyarham sebak sehingga menitiskan air mata taktkala menerima anugerah kenaikan pangkat anaknya.
Dirempuh pemandu mabuk
Allahyarham Koperal Safwan telah terkorban selepas dirempuh pemandu mabuk ketika menjalankan tugas melakukan sekatan jalan raya Op COVID-19 di Plaza Tol Kajang Selatan, Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) pada 3 Mei lalu. Difahamkan, Allahyarham yang mengalami kecederaan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Terima anugerah pangkat Allahyarham
Menerusi video tersebut memaparkan suasana pilu melihat ibu bapa Allahyarham tidak dapat menahan sebak apabila diminta naik ke pentas untuk menerima penganugerahan pangkat buat anak tercinta. Ibu, Puan Norizan Mat Sanid dan bapa Allahyarham aiitu Encik Muhammad Ismail Othman telah menerima kelengkapan seragam Anggota Pangkat Rendah iaitu tongkat, selempang dan pangkat Sarjan yang diletakkan dalam satu bingkai.
Sebak
Kedua pasnagan turut menerima Skim Ex-Gratia bencana kerja PDRM dan faedah terbitan buat Allahyarham selain menerima sumbangan daripada warga PDRM sendiri yang dikelolakan oleh Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman sebagai keperluan buat ahli keluarga Allahyarham.
Suasana pilu
Selain ibu bapa, para tetamu yang hadir dalam majlis tersebut juga masih bersedih dengan insiden yang telah meragut nyawa seorang anggota barisan hadapan yang sangat berdedikasi sepanjang menjalankan tanggungjawabnya.
Tetamu yang hadir
Sumber: Polis Diraja Malaysia (PDRM)