berita

Disahkan Hidap Kanser Payudara Tahap 4, Wanita Koma Selamat Lahirkan Bayi Pramatang

June 3rd, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Kota Bharu, Kelantan, luluh hati seorang suami apabila isteri yang dicintai terlantar koma di hospital. Lebih menyedihkan, isteri tersebut selamat melahirkan zuriat kedua mereka dan bayi berusia 10 hari itu masih belum merasai setitik susu daripada ibunya sendiri.

Terpaksa keluarkan bayi

Assalamualaikum semua. Saya serta ahli keluarga dengan rasa rendah diri memohon pertolongan mendoakan agar sepupu saya Noor Athirah Binti Mohd Arif yang kini dalam ICU Hospital Raja Zainab II Kota Bharu, Kelantan akibat kanser payudara Tahap 4 ditambah pula sakit tersebut merebak hingga menyebabkan tulang belakang berlubang yang juga memerlukan kos rawatan yang agak mahal serta perbelanjaan harian keluarga.

Untuk maklumat sehingga kini beliau masih tidak sedarkan diri. Kandungannya yang berusia 8 bulan doktor terpaksa buat pembedahan untuk keluarkan bayi. Bayinya kini masih belum sempat melihat wajah ibu apatah lagi merasai air susu ibunye. Suaminya hanya berniaga kecil kecilan kini terpaksa berhenti kerana menjaga isterinya sepenuh masa di hospital. Ditambah pula dengan keadaan negara yang sedang mengalami Virus Covid-19 yang menyebakan keluarga beliau terputus 100% sumber kewangan.

Anak lelaki sulung pesakit berumur 1 tahun 8 bulan kini di bawah jagaan sementara ibunya manakala anak lelaki yang baru dilahirkan berumur 8 bulan dibawah jagaan sementara kakak iparnya. Lebih menyayat hati mengalir air mata apabila suami pesakit pernah mengadu kepada ahli keluarga bahawa segala wang simpanan keluarga telah kehabisan kerana telah digunakan sepenuhnya bagi tujuan rawatan kanser tersebut secara tradisonal dan klinik swasta. 

Menurut Mawardy Che Aziz, sepupunya, Noor Athirah kini berada di ICU kerana menghidap kanser payudara tahap 4. Tambahnya, kanser tersebut telah menyebabkan tulang belakang sepupunya itu berlubang. Doktor juga terpaksa melakukan pembedahan mengeluarkan zuriat kedua Noor Athirah ketika dia mendapatkan rawatan di Hospital Raja Zainab II Kota Bharu, Kelantan. Mawardy turut memaklumkan bahawa suami sepupunya itu kini tidak bekerja manakala, wang simpanan lelaki tersebut sudah tiada lagi.

Bergantung pada mesin pernafasan

Menerusi laporan Berita Harian, suami Noor Athirah iaitu Muhammad Hairi Ramli meluahkan perasaan sedih apabila melihat keadaan isterinya yang sedang koma. Menurut Hairi, isterinya disahkan menghidap kanser payudara ketika sarat mengandung anak kedua mereka pada bulan lalu, malah sel barah tersebut telah merebak ke bahagian tulang belakang. Oleh itu, doktor mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan demi menyelamatkan kedua-dua nyawa.

Selepas isteri selamat melahirkan bayi kami pada 23 Mei lalu, beliau dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dan berada dalam keadaan separuh koma, sekali gus bergantung sepenuhnya pada mesin bantuan pernafasan.

Lebih menyedihkan, anak bongsu kami yang kini berusia 10 hari dan akan diberikan nama Muhammad Aidilfitri, belum dapat merasa setitik pun susu daripada ibunya dan hanya bergantung pada susu formula khas untuk bayi pramatang. Hati saya sebak setiap kali melihat wajah anak bongsu yang baru dilahirkan, masih belum dapat menikmati belaian seorang ibu. Jauh di sudut hati, saya berharap keajaiban akan berlaku dan isteri boleh menyusukan bayi kami apabila sedar nanti.

Berbicara mengenai penyakit kanser yang dihidap oleh Noor Athirah, Hairi berkongsi kisah di mana isterinya sudah mendapati ada benjolan kecil pada payudara kanan  semasa hamil anak sulung. Namun, ianya hilang. Siapa sangka, semasa mengandungkan anak kedua,  benjolan tersebut timbul semula dan semakin membesar.

Sumber: Mawardy Che Aziz & Berita Harian

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×