Gara-gara mabuk, seorang lelaki warga Filipina telah terpenggal kepala anak saudaranya, Eduardo Rosquitos dengan gergaji rantai ketika mangsa sedang tidur. Kejadian itu berlaku selepas mereka pulang dari sesi minum di Culaba, Biliran.
Menerusi Mirror Uk, suspek, Roger Paje yang baru sahaja mengambil minuman keras itu turut memotong tangan mangsa.
Ingatkan pokok kelapa
Mangsa yang bekerja sebagai buruh binaan mati dengan keadaan yang mengerikan apabila kepala dan tangannya dipotong di rumah bapa saudaranya di Bool East, Pulau Baliran.
Suspek mengatakan dia dengan tidak sengaja telah memenggal kepala anak saudaranya kerana menyangka sedang memotong pokok kelapa. Dia melakukan pembunuhan itu dengan mata yang tertutup.
Kepala terputus dari badan
Saksi kejadian, Edgardo Canete terkejut dengan bunyi enjin mesin gergaji tersebut sebelum melihat kepala Rosquitos yang telah terputus dari badannya. Kerana ketakutan, saksi kemudiannya melompat keluar dari tingkap rumah dan berjaya melarikan diri.
Ketiga-tiga mereka dikatakan mengambil minuman keras pada jam 8 pagi dan kejadian ngeri itu berlaku lima jam kemudian.
Suspek telah ditahan di Balai Polis Perbandaran Culaba atas tuduhan pembunuhan tersebut.
Sumber: Mirror Uk, Manila Bulletin