Nama Caprice tak pernah ‘senyap’ dari media sosial apabila mula terjerumus dengan kontroversi sejak Julai lalu.
Artikel Berkaitan: ‘Kita Pernah Warning, Jangan Main-Main Di Tanah Suci.. Benda Akan Makan Tuan’ – Caprice Sedia Dedah ‘Predator’
Rugi RM958,400
Baru-baru ini, Caprice, 33, mendedahkan dia terpaksa menanggung kerugian hampir RM1 juta sejak namanya menjadi viral disebabkan isu panas yang silih berganti.
Akui Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli berkata produk jualannya tidak terjual langsung dan itu adalah berita buruk untuk ditelan.
Ini adalah stok yang tidak boleh jual langsung sejak kita viral. Atas sebab tertentu ia sangat susah untuk dijual dan semua stok ini tak gerak langsung.
Tahun lepas kita tak nampak stok-stok macam ini dekat pejabat sebab memang laku keras dan selalu licin. Tapi sejak viral, semua ini tak boleh jual.
Semua stok ini bernilai RM958,400. Memang tak boleh jual jadi bermakna kita tengah rugi sekarang dan ia adalah berita buruk buat Caprice.
Hilang tiga pekerja
Dugaan demi dugaan, pelantun lagu Lenglui turut diuji apabila tiga orang kakitangan Rindu Raudah bertindak meninggalkan syarikat tersebut.
Waktu kita hilang tiga bulan, tiga pekerja Caprice hilang juga. Saya cuma nak beritahu kepada semua sesuatu tentang kehidupan.
Apabila semua tengah best, semua tengah senang, memang kita enjoy. Dan apabila kita tengah susah, ada sesetangah orang yang akan cabut atau hilang dari hidup kita. Itulah kehidupan.
Bagi saya kalau boleh cara terbaik adalah apabila hendak memulakan perniagaan ialah susah senang kita kena sama-sama.
Sumber: Telegram Caprice