berita

Diseksa Sehingga Mati, Wanita Ditemui Maut Dalam Keadaan Tragis, Gigi Dicabut!

August 19th, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Di Texas Amerika Syarikat, seorang wanita ditemui mati dalam keadaan tragis selepas dilaporkan hilang. Lizbeth Flores difahamkan keluar untuk berjumpa kekasihnya di Mexico pada 9 Ogos lalu namun dia tidak pulang ke rumah menyebabkan ibu membuat laporan polis.

Pada 11 Ogos, mangsa yang berusia 23 tahun itu ditemui mati dengan kesemua gigi dicabut.

Maut akibat dipukul di kepala

Memetik laporan Daily Mail, pihak berkuasa Mexico mendapati mangsa maut akibat pukulan di kepala. Namun, pihak polis masih melakukan siasatan lanjut untuk menyiasat kes pembunuhan ini.

Ibu, Maria Rubio, berkata kali terakhir dia bercakap dengan mangsa adalah pada 9 Ogos ketika dia mahu berangkat keluar berjumpa kekasih. Mangsa memaklumkan akan pulang ke rumahnya di Brownsville Texas pada malam itu.

Ekoran anak tidak pulang ke rumah, ibu bertindak membuat laporan polis pada 10 Ogos. Ibunya telah membuka fail orang hilang setelah terputus hubungan dengan anak perempuannya itu.

Kulit mangsa dikeluarkan, gigi dicabut

Pada 11 Ogos, pihak polis akhirnya menemui mayat mangsa dalam keadaan tragis. Mangsa mati dipercayai akibat cedera di kepala selepas dipukul dengan batu yang ditemui di kawasan kejadian.

Tambah laporan lagi, bahagian kulit kepala mangsa dikeluarkan dan giginya juga dicabut secara paksa.

Ibu yang sangat bersedih dengan kejadian tersebut seakan tidak dapat menerima hakikat bahawa anaknya dibunuh dengan kejam. Kesakitan yang dilalui anak perempuannya itu membuatkan dirinya terseksa.

Si ibu meminta pertolongan pegawai Amerika Syarikat dan Mexico untuk membawa jenazah anak perempuan ke Texas. Setakat ini tiada tangkapan dibuat oleh pihak berkuasa di Matamoros.

Sumber : Daily Mail

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×