Pasangan pelakon Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin berkongsi wajah puteri mereka selepas dilahirkan pada hari Isnin lalu.
Artikel Berkaitan: Tumpas Dengan Alahan Melugai Tengok Rumah, Shaheizy Sam Bawa Syatilla Melvin Duduk Hotel – ‘Sanggup Bawa Televisyen Supaya Tak Bosan’
Keluaq ikut tingkap
View this post on Instagram
Wajah bayi comel itu dikongsi oleh Sam dan Syatilla menerusi akaun Instagram (IG), hari ini.
Menerusi perkongsian tersebut, Syatilla atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin turut mendedahkan nama bayi perempuannya iaitu Salama Samheizy Shaheizy Sam.
Menurut aktres berumur 31 tahun ini, bayi yang seberat 3.05 kilogram itu dilahirkan secara pembedahan.
Copy paste muka Sarima
Di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat teruja melihat wajah Salama Samheizy buat kali pertama. Ada juga segelintir netizen yang memuji dengan sikap keterbukaan pasangan ini yang terus menayang wajah anak.
Untuk rekod Sam dan Syatilla mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan turut dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syeriv Samhiezy, 5, dan Sarima Samhiezy, 2.
Sumber: Instagram @samtilla & @shaheizy_sam