berita

Diserang Sawan & Hilang Ingatan, Ibu Muda Baru Bersalin Meninggal Dunia Selepas 6 Hari Koma

August 17th, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Seorang ibu muda yang baru melahirkan bayi meninggal dunia akibat komplikasi selepas bersalin. Kesihatan ibu itu tiba-tiba merosot menyebabkan doktor melakukan pembedahan untuk menyelamatkan nyawanya.

Memetik perkongsian pihak pengurusan jenazah, Mr Wan Cai Official, arwah meninggal dunia selepas enam hari berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Kesihatan tiba-tiba merosot

Rakan rakan sukarelawan VJSA baru sahaja bergerak dari bilik wakaf menuju ke Kampung Pauh Dara Semerak Pasir Putih Kelantan. Jenazah ibu muda yang syahid itu telah siap disempurnakan. Malah jenazah telah disolatkan di bilik wakaf Jannatul Firdaus..

Perjalanan jauh merentas 3 negeri iaitu Kuala Lumpur, Pahang kemudian baru lah akan tiba di lokasi rumah ahli keluarga di Pasir Puteh Kelantan. Perjalanan untuk ke Kelantan lebih kurang 6 ke 7 jam kebiasaannya.

Tetapi saya jangkakan rakan-rakan yang membawa jenazah akan tiba lewat dari waktu asal disebabkan keadaan cuaca yang hujan ketika ini. Arwah meninggal dunia pada pukul 03.45 petang tadi.

Pada 06 Ogos yang lalu hari Khamis jam 4.30 pagi arwah telah melahirkan anak pertamanya. Sehari selepas bersalin iaitu pada hari Jumaat arwah berada di dalam keadaan normal. Maksudnya arwah kesihatan arwah juga adalah normal dan sihat.

Tetapi pada hari Sabtu iaitu 08 Ogos kesihatan arwah tiba-tiba merosot. Sekitar pukul 05.00 pagi doktor mendapati arwah telah dijangkiti kuman. Pembedahan telah dilakukan oleh pihak doktor terhadap arwah pada 01.30 petang bagi menyelamatkan nyawanya.

Tiba-tiba pada pukul 09.00 malam ibu muda itu telah diserang penyakit sawan sehingga memaksa pihak doktor mengikat kaki dan tangannya. Keputusan untuk mengikat kaki serta tangan ibu muda itu terpaksa diambil kerana kerana keadaan arwah berada luar kawalan.

Hilang ingatan, 6 hari koma

Pada pukul 06.30 pagi hari Ahad ibu muda ini telah hilang ingatan sehingga tidak mengenali sesiapa. Pihak doktor terpaksa memasukkan ubat antibotik dan ubat tidur bagi mengelakkan serangan sawan kembali menyerangnya.

Pada hari Ahad iaitu pada 09 Ogos pembedahan terpaksa dilakukan sekali lagi apabila pihak doktor mendapati telah banyak air di dalam paru-paru ibu muda itu. Arwah mengalami simptom kesukaran bernafas.

Malah jantungnya semakin lemah. Sehingga lah pada hari Isnin iaitu 10 Ogos arwah telah koma. Ini bermakna selama 6 hari arwah berada dalam keadaan tidak sedarkan diri atau koma. Doktor juga mendapati otak ibu muda ini sudah lagi tidak berfungsi.

Selepas bertarung nyawa. Akhirnya arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Berakhir juga satu penderitaan. Terhenti sudah segala kesakitan. Perginya seorang isteri dan insan yang dicintai. Terputus sudah kasih sayang di antara si suami dan si isteri.

Si ibu juga pergi meninggalkan anak lelaki yang telah dilahirkan. Tinggal lah si suami bersama seorang zuriat. Zuriat yang masih tidak mengerti ibu yang melahirkannya ke dunia sudah tiada lagi. Sedih kita mendengar kisah kematian ibu muda ini. Sedih dan berat lagi situasi yang perlu ditanggung oleh si suami.

Bagaimana hendak teruskan hidup tanpa isteri

Bagaimana hendak meneruskan kehidupan tanpa kasih seorang isteri di sisi. Bagaimana pula hendak membesarkan seorang anak yang kecil tanpa seseorang yang bergelar ibu. Apa yang bakal dilalui oleh si suami selepas ini bukan satu perkara yang mudah. Walaupun pahit hendak ditelan.

Kehidupan mereka berdua perlu diteruskan. Si suami perlu bangkit untuk mendapatkan kembali semangatnya yang sudah runtuh itu. Semoga Allah menjaga serta melindungi si suami serta anaknya.

Anak yang baru dilahirkan itu masih berada di wad jagaan rapi di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang. Moga Allah mendengar doa saya.

Semoga anak kecil itu akan diberikan kekuatan untuk terus bernyawa. Kerana saya yakin apabila melihat anak lelakinya itu terus sihat di depan mata akan menjadikan si suami mendapatkan semula semangatnya kembali.

Mudah mudahan. Aamin aamin ya rabbal alamin!

Sumber : Mr Wan Cai Official

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×