berita

Diseret Kira-Kira 30 Meter Dari Lokasi ‘Tidur’, Lelaki Maut Digilis Kereta Api – ‘Separuh Badan Mangsa Hancur Digilis’

December 28th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Kota Bharu, Kelantan, tindakan dua orang remaja yang tidur di atas jambatan landasan kereta api mengundang tragedi apabila seorang daripada mereka meninggal dunia selepas digilis kereta api, semalam.

Separuh badan hancur

Sekadar gambar hiasan

Menerusi laporan Harian Metro, kejadian tersebut berlaku di landasan kereta api di Kampung Tiong, Gua Musang. Tragedi yang berlaku pada pukul 5.30 pagi itu telah meragut nyawa Mohamad Azwan yang berusia 18 tahun. Mohamad Azwan telah diseret kira-kira 30 meter oleh kereta api yang dalam perjalanan dari Kuala Lipis ke Tumpat. Mangsa dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo, sebelum kejadian mangsa bersama rakannya dipercayai tidur di atas jambatan landasan kereta api itu.

Sebaik melihat ada orang tidur di atas landasan, pemandu kereta api yang melalui laluan itu membunyikan hon, namun mangsa tidak sempat bangun. Bagaimanapun, rakannya tersedar dan lari menyelamatkan diri sebaik melihat kereta api hampir dekat.

Hasil pemeriksaan polis mendapati separuh badan mangsa hancur kerana digilis kereta api itu. Tambah Sik Choon Foo lagi, jarak lokasi mangsa tidur dengan mayatnya dijumpai lebih kurang 30 meter.

Kawasan risiko dan berbahaya

Susulan kejadian itu, pemandu kereta api terus melaporkan kejadian kepada Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan polis untuk tindakan lanjut.

Susulan daripada tragedi tersebut juga, Sik Choon Foo memberi nasihat kepada semua penduduk yang tinggal berhampiran landasan kereta api supaya berhati-hati memandangkan kawasan itu berisiko dan berbahaya.

Kami juga mengingatkan penduduk supaya tidak menjadikan jambatan dan landasan kereta api sebagai tempat melepak atau tidur pada waktu malam. Pada masa yang sama, ibu bapa atau penjaga diharapkan sentiasa memantau pergerakan anak bagi menjamin keselamatan masing-masing.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×